Berita Harian

Dua remaja dalang curi motosikal diberkas

-

Ipoh: Dua remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai menjadi dalang curi motosikal sekitar bandar raya ini dengan jumlah kes dilaporkan bagi September sahaja sebanyak 40 buah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner, Yahya Abd Rahman, berkata dua remaja digelar Geng Mirul LS dipercayai aktif menjalanka­n kegiatan curi motosikal di kawasan Tambun, Bercham dan Ampang di sini sebelum meleraikan komponenny­a untuk dijual.

Katanya, kedua-dua suspek itu diberkas dalam serbuan pada Ahad lalu oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dalam Ops Lejang.

“Selepas komponen berharga termasuk enjin dileraikan, rangka motosikal yang dicuri dibuang ke dalam sungai di Taman Perpaduan Ria, Tambun.

Temui 11 rangka motosikal

“Hasil soal siasat kedua-dua suspek kemudian menunjukka­n lokasi rangka motosikal yang dibuang dan dengan bantuan Unit Selam Pasukan Polis Marin, Wilayah 1 Pulau Pinang berjaya menemui 11 rangka dalam sungai berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yahya berkata, hasil penemuan dan tangkapan yang dibuat berjaya meningkatk­an penyelesai­an kes kecurian motosikal iaitu sebanyak 51.4 peratus bersamaan 241 kes daripada 469 kes yang dilaporkan di Ipoh sepanjang Januari hingga September.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) kerana curi kenderaan dan suspek kini direman bagi membantu siasatan.

“Polis menasihatk­an orang ramai supaya tidak membeli sebarang enjin atau komponen motosikal yang dicurigai bagi mengelakka­n daripada membeli atau memiliki barang curi kerana pembeli turut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 411 KK,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia