Berita Harian

Sindiket minuman dadah tumpas

-

Kajang: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaska­n sindiket pengedaran dadah yang membancuhn­ya dalam pelbagai jenis air minuman selepas menahan 12 individu, semalam dan kelmarin.

Pengarahny­a, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata semua suspek warga tempatan berusia antara 22 hingga 55 tahun termasuk dua wanita itu ditahan dalam sembilan serbuan dan dua pemeriksaa­n di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, sindiket berkenaan dipercayai aktif memproses dan mengedar dadah di pusat hiburan sekitar Lembah Klang.

“Bermula pada jam 7.50 malam Rabu sehingga 12.15 tengah malam semalam (kelmarin), kita merampas pelbagai dadah bernilai RM3.27 juta di samping menyita, wang tunai, pelbagai kenderaan dan barang kemas bernilai RM2 juta.

Harga cecah RM250 sebotol

“Modus operandi sindiket ini, mereka akan menggunaka­n pelbagai minuman, termasuk minuman kultur untuk dicampur dengan pelbagai jenis dadah.

“Kemudian dadah ini akan dijual di pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, ada minuman kultur yang siap dibancuh bersama dadah dijual dengan harga mencecah RM250 sebotol,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam.

Mohmad berkata, semua mereka direman sehingga Khamis ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Jenayah Berbahaya 1952.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ /BH] ?? Mohmad (tiga dari kanan) bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (empat dari kanan) menunjukka­n minuman yang dibancuh dadah di IPD Kajang, semalam.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ /BH] Mohmad (tiga dari kanan) bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (empat dari kanan) menunjukka­n minuman yang dibancuh dadah di IPD Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia