Berita Harian

Ketua Pegawai Kewangan FGV letak jawatan

-

FGV Holdings Bhd mengumumka­n peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) kumpulanny­a, Ahmad Tifli Mohd Talha berkuatkua­sa semalam.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, Ahmad Tifli meletak jawatan berkenaan bagi meneruskan peluang kerjaya yang lain.

Pada 4 Oktober lalu, Ahmad Tifli menyambung kembali tugasnya selepas direhatkan selama empat bulan bersama bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Zakaria Arshad serta dua pengurusan kanan yang lain susulan siasatan forensik mengenai urus niaga syarikat yang meragukan.

FGV mengumumka­n peletakan jawatan Zakaria pada 18 September lalu.

Bagaimanap­un, pengumuman terbaru FGV itu tidak menyebut mengenai pelantikan CEO atau pengganti CFO kumpulanny­a.

Difahamkan, dua eksekutif lain yang digantung, selain Zakaria dan Ahmad Tifli kembali bekerja dua minggu lalu.

Antara peristiwa penting sejak penggantun­gan keempat-empat pengurusan tertinggi FGV itu ialah peletakan jawatan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi FGV.

Beliau kemudian ditahan reman SPRM berkaitan dengan siasatan terhadap pembelian hotel di London dan Kuching oleh Felda Investment Corp.

Tan Sri Sulaiman Mahbob, yang menggalas tugas pengerusi FGV selepas Isa meletak jawatan, digantikan oleh bekas Pengarah Urusan Malakoff Corp Bhd, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, yang menjadi pengerusi berkuatkua­sa 8 September.

 ??  ?? Ahmad Tifli Mohd Talha
Ahmad Tifli Mohd Talha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia