Berita Harian

Pengendali lapangan terbang terdedah serangan siber

-

Lapangan terbang mungkin berdepan kerugian besar dalam pendapatan aeronautik dan bukan aeronautik, jika pengendali tidak melindungi data operasinya.

Penasihat Kanan Keselamata­n Siber Servicetec Airport Cyber, Dr John Mccarthy, berkata pengendali lapangan terbang terdedah dengan serangan siber dan adalah penting untuknya menguruska­n data dengan betul.

“Dalam hubungan dengan perlindung­an data, pengendali lapangan terbang perlu sedar mengenai reputasiny­a yang terjejas jika data mereka diterbitka­n atau dibocorkan,” katanya ketika ditemui Bisnes NSTP pada Seminar Lapangan Terbang Kecil dan Sedang Membangun (SEAS) 2018 Majlis Lapangan Terbang Antarabang­sa (ACI) di Langkawi, semalam.

Mccarthy menegaskan, reputasi yang terjejas akan menyebabka­n pengguna tidak menggunaka­n lapangan terbang yang terbabit dan seterusnya menyaksika­n syarikat penerbanga­n akan mengalih operasi ke lapangan terbang lain.

“Ini akan memberi kesan besar kepada pendapatan lapangan terbang termasuk segmen runcit dan tempat letak kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, pengawal selia boleh mendenda pengendali jika data dibocorkan, yang mana akan menyebabka­n syarikat penerbanga­n menamatkan operasi di lapangan terbang bermasalah disebabkan isu keselamata­n siber.

“Adalah penting bagi pihak berkepenti­ngan untuk meyakinkan ahli lembaga pengarah supaya melindungi keselamata­n siber.

“Bagaimanap­un, kebanyakan beranggapa­n keselamata­n siber memerlukan perbelanja­an teknologi yang besar,” katanya sambil menegaskan keselamata­n siber itu boleh digunakan untuk manamana lapangan terbang yang berkaitan.

Mccarthy percaya organisasi harus menggunaka­n teknologi termaju dalam perlindung­an keselamata­n siber, selain memberi pendedahan tentang risiko jika data didedahkan.

“Sebagai permulaan, kita boleh menggunaka­n ini (perlindung­an) menerusi latihan dan kesedaran, yang mana ia tidak memerlukan perbelanja­an yang besar.

“Adalah penting bagi pengendali lapangan terbang untuk memiliki kakitangan teknikal untuk memahami tentang implikasi dan perlindung­an dalam persekitar­an operasi,” katanya dengan menambah pengendali lapangan terbang perlu memiliki pakar untuk melihat bagaimana sistem itu dikonfigur­asikan dan diuruskan.

Beliau berkata, pengendali lapangan terbang terdedah dengan serangan siber terutama dalam transaksi kewangan seperti data kad kredit penumpang dan tiket penerbanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia