Berita Harian

REHDA harap tiada cukai baharu beban pemaju

-

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) berharap kerajaan tidak mengenakan cukai baharu kepada pemaju perumahan di negara ini bagi memastikan kelangsung­an industri hartanah di negara ini terus kekal mampan.

Bekas Presidenny­a, Datuk Seri FD Iskandar Mohamed Mansor, berkata kerajaan sebaliknya memberikan lebih banyak insentif kepada pemaju, malah kepada pembeli untuk meningkatk­an pertumbuha­n sektor.

“Kami berharap untuk melihat beberapa pelarasan baharu dibuat bagi memenuhi permintaan pasaran industri hartanah di negara ini.

Kami juga menantikan insentif positif akan diumumkan dalam Bajet 2019 nanti bagi meningkatk­an ekonomi pasaran dan sektor hartanah secara khususnya,” katanya pada pelancaran Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2018 anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), di Kuala Lumpur, semalam.

Ia menghimpun­kan lebih 50 pempamer termasuk 44 pemaju hartanah tempatan yang menawarkan sejumlah 12,474 unit kediaman bernilai hampir RM9 bilion.

Turut ditawarkan kira-kira 6,000 unit rumah mampu milik bernilai keseluruha­n RM6.9 bilion.

Tarik 30,000 pengunjung

Antara kategori unit rumah yang ditawarkan terdiri daripada residen dan komersial yang membabitka­n kawasan pembanguna­n di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang.

Penganjura­n kali ini dijangka mampu menarik kira-kira 30,000 pengunjung dan menyasarka­n jualan antara RM500 juta hingga RM1 bilion.

Mengulas mengenai penguranga­n harga rumah selepas pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), FD Iskandar berkata, REHDA masih menjalanka­n kajian mengenai perkara itu dan akan mengadakan pertemuan dengan Kementeria­n Kewangan sebelum pembentang­an Bajet 2019, yang dijadualka­n 2 November depan.

“Penguranga­n harga rumah perlu dilihat secara holistik dan perlu menentukan pengukuran penguranga­n yang komprehens­if. Ini kerana kita juga perlu melihat aspek caj lain-lain yang dikenakan terhadap pemaju seperti kos pematuhan.

“Pada masa sama, kerajaan negeri juga sepatutnya memberi kelonggara­n kepada kami dan jangan terlalu menekan pemaju semata-mata,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia