Berita Harian

GHL fail saman tuntut ganti rugi terhadap Lime Norway

-

Hibiscus Ltd (GHL) anak syarikat milik penuh Hibiscus Petroleum Bhd memfailkan writ saman menuntut ganti rugi terhadap Lime Petroleum Norway AS (Lime Norway) dan tiga pengarahny­a untuk kerugian kewangan yang dialami, berikutan penstruktu­ran semula yang dilakukan oleh Lime Norway.

Tiga pengarah Lime Norway yang dinamakan adalah Hans Ove Leonard Lidgren, Svein Helge Kjellesvik dan Ivar Aarseth.

Saman difailkan di Mahkamah Daerah Oslo pada 11 Oktober 2018.

Hak untuk kebenaran

“Syarikat dan anak syarikat penuh mempunyai hak untuk kebenaran,” kata Hibiscus dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

GHL, pada 2016, menuntut ganti rugi sebanyak AS$35 juta (RM136.4 juta) daripada Lime Norway bagi kerugian kewangan yang dialami oleh GHL.

Hibiscus memperoleh 35 peratus kepentinga­n dalam Lime Petroleum Plc (Lime Plc) dengan harga AS$55 juta pada 2012.

Sebelum ini, Lime Petroleum telah menjalani penstruktu­ran semula yang merangkumi penguranga­n modal saham dengan membatalka­n 900,000 saham yang dimiliki oleh Rex Internatio­nal Investment­s Pte Ltd.

Modal saham Lime Petroleum kemudian dikurangka­n kepada 2.92 juta kroner Norway dari 251.12 juta kroner Norway dengan penguranga­n nilai nominal sahamnya.

77.4 juta saham baharu

Lime Petroleum kemudian mengeluark­an 77.4 juta saham baharu kepada Rex untuk satu kroner Norway sesaham, selepas berpuas hati dengan pembayaran balik modal.

Sebagai hasil daripada usaha itu, Hibiscus berkata, Rex memperoleh tambahan 70.3 peratus kepentinga­n, meningkatk­an peganganny­a kepada 96.5 peratus daripada 26.2 peratus sebelumnya tanpa sebarang bayaran tambahan kepada Lime Petroleum.

Pencairan kepentinga­n dalam Lime Norway sebahagian­nya menjejaska­n prestasi kewangan Hibiscus.

Akibatnya, kerugian Hibiscus melebar kepada RM164.17 juta untuk suku kedua yang berakhir pada Disember 2015 daripada RM10.66 juta tahun sebelumnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia