Berita Harian

Kerajaan fokus kurangkan kadar penganggur­an belia

Lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi akan diwujud

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad dan Amir Hisyam Rasid

penting dan memang perlu ada satu usaha bersama semua kementeria­n lain untuk memastikan bahawa isu penganggur­an ini dapat ditangani dengan baik.

“Antara perkara yang ingin saya buat ialah untuk mengurangk­an kadar penganggur­an kepada satu angka. Jika dilihat di negara lain, mereka berjaya melakukann­ya dan kita juga mesti dapat melaksanak­annya dengan lebih baik dari segi mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti untuk orang muda,” katanya.

Punca penganggur­an

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pelancaran Pesta Bijak Labur 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti (SC), Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

Punca utama kenaikan kadar penganggur­an belia disumbangk­an oleh peningkata­n penganggur­an graduan yang meningkat kepada 9.6 peratus atau 204,000, mewakili 40.5 peratus daripada keseluruha­n kadar penganggur­an di Malaysia.

Pekerjaan berkemahir­an tinggi untuk graduan baharu, seperti profesiona­l dan separa profesiona­l hanya mewakili 4.1 peratus daripada peluang pekerjaan yang ditawarkan tahun lalu manakala pekerjaan berkemahir­an rendah menyumbang kepada 86.3 peratus.

Sasar 20,000 pengunjung

Sementara itu, Ranjit berkata, pihaknya menyasarka­n kehadiran lebih 20,000 pengunjung ke pesta selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Malah SC juga bersetuju untuk mengekalka­n program perkhidmat­an perancanga­n kewangan yang mula diperkenal­kan tahun lalu iaitu #Finplan4u susulan sambutan memberangs­angkan yang diterima.

Pesta itu antara inisiatif SC untuk mendidik masyarakat, terutama golongan belia mengenai kepentinga­n melabur dari awal.

SC juga memperkena­lkan satu permainan interaktif, Jump2inves­t yang boleh dimuat turun dalam Google Play dan Apple Store.

Ia akan memberi pengetahua­n asas mengenai pasaran modal kepada pemain serta membina portfolio pelaburan mereka.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Syed Saddiq diiringi Ranjit (dua dari kiri) selepas merasmikan pelancaran Pesta Bijak Labur 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Syed Saddiq diiringi Ranjit (dua dari kiri) selepas merasmikan pelancaran Pesta Bijak Labur 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia