Berita Harian

Nana bangga masih relevan

Calon tewas akur ketentuan rezeki, terus berusaha kekal nama dalam bidang seni

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed & Syarrizuan Abdul Rashid

Kbhhip@bh.com.my

ekalahan bukan bermakna populariti seseorang anak seni sudah merudum atau berakhirny­a perjalanan mereka dalam bidang lakonan, nyanyian, pengacaraa­n mahupun Bagi Siti Nordiana atau Nana, berada dalam kelompok popular bersama artis baharu yang menjadi pujaan ramai sudah dikira kemenangan peribadi buatnya.

“Saya sudah menyanyi hampir 20 tahun dan mungkin saya satu-satunya penyanyi senior dalam kategori Penyanyi Wanita Popular. Bagaimanap­un, saya bersyukur kerana masih dilihat relevan dan ditempatka­n bersama artis popular masa kini.

“Dulu, saya tidak berpeluang untuk berada dalam kelompok lima popular, jauh sekali menang. Saya juga sudah menang kategori itu, tahun lalu, penyampaia­n radio.

Sebaliknya, kegagalan menjadi titik permulaan bagi melipat gandakan usaha untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kelompok popular lain.

Siapa yang tidak mengharapk­an kemenangan? Bagaimanap­un, sememangny­a tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia pula tiada siapa yang tahu.

Anugerah Bintang jadi cukuplah. Saya tidak mengharapk­an kemenangan lagi.

“Apa yang nak dihampakan apabila mengetahui masih ramai yang mengundi saya dalam kategori terbabit. Semua undian itu amat besar maknanya pada kerjaya seni saya.

“Biarpun tewas di tangan Wany Hasrita, saya tetap pulang dengan senyuman. Saya tidak mengharapk­an lebih daripada itu. Semua undian peminat sudah cukup membuatkan saya berasa bangga. Saya memang menghargai segala usaha mereka,” katanya.

Akuinya, apa yang lebih penting buatnya adalah untuk sentiasa Popular BH (ABPBH) bagi edisi ke-31 sudah melabuhkan tirainya pada Ahad lalu. Menerima keputusan dengan hati terbuka, beberapa finalis menyifatka­n berada dalam kelompok lima popular sudah dianggap pencapaian terbaik. Mereka turut berazam untuk melipatgan­dakan usaha dalam menempatka­n nama di arena seni. menjaga hati dan menghargai peminat.

“Saya berterima kasih dengan peminat yang tetap setia bersama saya. Percayalah, selama ini saya tidak pernah patah semangat.

“Sebelum ini, saya pernah alami musim yang suram. Namun, saya berpegang pada satu prinsip, jangan sesekali patah hati dan berputus asa dengan ketentuan hidup.

“Saya sentiasa positif untuk berjuang demi anak, keluarga dan peminat,” katanya yang turut dicalonkan dalam kategori Artis Versatil dan Artis Kolaborasi/duo/ Berkumpula­n Popular bersama Jaclyn Victor.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia