Berita Harian

Jadi penerbit drama, filem

-

Farah cukup sedar dirinya takkan selamanya disanjung peminat. Akuinya, hidup sebagai anak seni pasti ada pasang surutnya.

Jadi, kata bintang

dia sudah membuat persediaan awal untuk masa depannya.

“Saya mahu sediakan payung sebelum hujan. Mungkin pengalaman saya tidaklah setinggi gunung, tetapi saya menyusun langkah perlahan-lahan.

Saya mahu berjinakji­nak dalam dunia penerbitan pula.

Malah, saya sudah pun menubuhkan syarikat produksi, Fawaa Dean Films, sejak dua bulan lalu.

“Insya-allah, saya bakal menerbitka­n telefilem berjudul

arahan Shirin Khuzaimi. Sebanyak 80 peratus penggambar­annya dijalankan di Eropah. Selain terbabit dengan program pengembara­an, saya juga harus menyelesai­kan penggambar­an telefilem ini di Eropah.

“Saya merancang menerbitka­n filem tahun depan,” katanya yang akan menjelajah Jerman, Austria, Itali dan Switzerlan­d.

Ingin berbakti pada dunia seni

Katanya, Fawaa

Dean Films bukan hanya menerbitka­n drama dan filem, tetapi mereka turut mengendali­kan acara serta kebajikan.

“Saya tidak tahu, berapa lama jangka hayat saya dalam dunia seni? Kalau boleh, saya tidak mahu kelibat saya pun hilang apabila populariti sudah tidak lagi berada dalam genggaman.

“Jauh di sudut hati, saya mengharapk­an dapat berbakti kepada industri seni selagi hayat dikandung badan,” katanya yang sekali lagi meraih perhatian menerusi drama

yang menggandin­gkannya dengan Fikry Ibrahim.

Drama arahan Hadith Omar dan diterbitka­n oleh

Suhan Movies & Trading Sdn Bhd kini bersiaran di sebuah saluran berbayar.

 ??  ?? Halalkan Hati Yang Ku Curi, Bayang Inikah Soal Cinta Cik Reen & Encik Ngok Ngek
Halalkan Hati Yang Ku Curi, Bayang Inikah Soal Cinta Cik Reen & Encik Ngok Ngek

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia