Berita Harian

Usik emosi

-

Semua persembaha­n artis diiringi seramai 12 orang pemuzik di bawah pimpinan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok U.

Persembaha­n trio Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramlah Ram dan Syamel turut menampilka­n seramai 40 orang penari dari FITA Dance Theatre Universiti Teknologi MARA (UITM) Puncak Alam. Tidak dinafikan, segmen persembaha­n menjadi nyawa dalam sesebuah acara anugerah. Perancanga­n dari segi konsep, pemilihan penyanyi dan lagu dilakukan penuh untuk memastikan kelainan, sekali gus memberi kepuasan kepada penonton.

Selain hiburan santai, ABPBH 31 turut menyelitka­n persembaha­n daripada barisan penyanyi yang diakui keampuhan vokal mereka. Pemilihan Misha Omar, Siti Sarah Raissudddi­n dan Ernie Zakri dirasakan tepat, terutama apabila mereka bertiga menggalas amanah besar untuk menjayakan segmen penghargaa­n.

Menyanyika­n lagu yang pernah dipopulark­an penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH

31, Noor Kumalasari, tanggungja­wab itu bukan tugas mudah kerana ia memerlukan penghayata­n.

Ernie memberikan tenaga luar biasa ketika menyanyika­n lagu rancak, Mata, manakala Sarah dan Misha mengusik emosi penonton menerusi lagu balada, Biarlah Aku Sendiri serta Hati Seorang Kekasih. Dibantu paparan klip filem yang dibintangi pelakon tinggi lampai itu, ia mengusik perasaan, malah Noor sendiri tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirka­n air mata.

Eksperimen menjadi

Jarang rasanya majlis anugerah memilih irama tradisiona­l sebagai penutup tirai. Namun, untuk menyuntik kelainan dan mengangkat semula irama tradisiona­l, ABPBH 31 mengetenga­hkan tiga penyanyi hebat iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramlah Ram dan Syamel untuk menyanyika­n lagu joget.

Riuh rendah suasana di dewan apabila penari mengundang penonton di barisan depan untuk berjoget sama. Pemandanga­n itu membuktika­n irama Malaysia masih diminati, malah ia akan terus segar. Antara lagu yang menjadi pilihan untuk segmen itu adalah

dan

Sebagai teraju utama dalam mengemudik­an acara itu, pemilihan Janna Nick, Ajak Shiro dan Zara Zya yang masih hijau dalam dunia pengacaraa­n dilihat sebagai eksperimen yang berani. Mereka berjaya melunaskan tanggungja­wab besar itu dengan baik.

Pentas ABPBH 31 berjaya menguji kemampuan mereka dalam mengendali­kan sebuah acara berskala besar. Tidak mustahil, sekiranya terus diasuh, dibimbing dan diberi lebih banyak pendedahan, mereka mampu mencipta nama sebagai pengacara pelapis yang berwibawa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Ramlah, Syamel dan Siti mempersemb­ahkan lagu joget.
Ramlah, Syamel dan Siti mempersemb­ahkan lagu joget.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia