Berita Harian

Pengaruh si cilik

Belum cecah dua tahun, Arif Jiwa sudah genggam trofi ABPBH

- Oleh Zaidi Mohamad

Wzaidim@bh.com.my

alaupun usianya belum mencecah dua tahun, si comel bernama Arif Jiwa ini nyata sudah memiliki kalangan pengikut dan peminatnya sendiri.

Bukan sekadar dilahirkan dalam keluarga dikenali ramai, anak kepada pasangan Tya Ariffin dan Asyraf Khalid ini juga cepat menawan hati sesiapa sahaja yang memandang bersama keletahnya. Senyum manis tidak pernah lekang di bibir kanak-kanak lelaki terbabit, seperti dapat dilihat di laman Instagramn­ya.

Bersama 632,000 pengikut di laman sosial berkenaan berserta gelagatnya yang mencuit perhatian, justeru tidak hairanlah apabila cucu tiri Datuk Siti Nurhaliza itu muncul antara pemenang pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Ahad lalu.

Dia menjadi pilihan peminat bagi kategori online, Instafamou­s Cilik Popular, dengan mengetepik­an saingan empat lagi selebriti kecil lain iaitu Lara Alana, Yusuf Iskandar, Aaisyah Dhia

Rana dan Syeriz Samheizy.

Kasih sayang berpanjang­an

Ia juga kemenangan kedua buat kanak-kanak riang berkenaan selepas menjulang trofi Si Cilik Meletop, Anugerah Meletop Era 2018.

Mungkin belum memahami erti kemenangan berkenaan, namun ramai yang sudah menjangkak­an Arif mampu membawa pulang trofi yang julung kali dipertandi­ngkan pada anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan itu.

Sebagai ibu kepada selebriti cilik berkenaan, Tya berterima kasih kepada mereka yang sudi mengundi anak lelakinya.

“Apabila Arif dipilih sebagai calon awal ABPBH 31, ia sudah pun sesuatu yang cukup menggembir­akan saya dan suami.

“Justeru, kami amat bersyukur apabila dia diumumkan sebagai pemenang. Terima kasih kepada ‘Uncle Onty’ (gelaran buat pengikut Arif di Instagram) yang begitu baik dan bermurah hati mengundiny­a di laman sesawang www.abpbh.com.my.

“Kesudian mereka untuk terus menyokong Arif dari dulu hingga sekarang umpama kasih sayang yang tiada bandingan. Kami juga harus berterima kasih kepada peminat setia Mak Iti (panggilan untuk Siti Nurhaliza) yang turut mengundi Arif.

“Dia sangat beruntung kerana selain ‘Uncle Onty’, sokongan daripada Mak Iti juga cukup dirasakan. Ia nikmat yang sangat indah,” kata Tya yang tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada penganjur kerana sudi mencalonka­n nama anaknya.

Ms. 50/51

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia