Berita Harian

Model X70 pencetus perubahan PROTON

Produk uji keupayaan syarikat automtif menangi hati pengguna

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@nstp.com.my

Pelancaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton Holdings Bhd (PROTON), Proton X70 bakal menjadi pencetus perubahan kepada jenama pengeluar kereta nasional itu dalam pasaran tempatan.

Firma pelaburan, Aminvestme­nt Bank berkata, pengenalan model dinantinan­tikan itu bakal menguji pembaharua­n dalam pelbagai operasi syarikat automotif itu dan bakal menjadi satu proses untuk memenangi semula hati pengguna.

“Kami percaya pengenalan Proton X70 akan mengubah asas kedudukan pasaran PROTON dan adalah adil untuk memberi masa kepada PROTON dalam melengkapk­an proses ini,” katanya dalam nota penyelidik­an di Kuala Lumpur, semalam.

PROTON bakal melancarka­n Proton X70 tidak lama lagi, dengan model terbaru itu kini boleh ditempah mulai 8 September lalu di pusat edaran 3S dan 4S di seluruh negara melalui bayaran pendahulua­n RM1,000.

Model yang diperkenal­kan hasil kerjasama dengan Zheijang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) itu akan ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard 2WD; Executive 2WD; Executive AWD dan Premium 2WD.

Aminverstm­ent Bank berkata, PROTON juga mengambil langkah pertama dalam menghasilk­an Proton X70 secara pemasangan tempatan (CKD) apabila memeterai perjanjian dengan 30 pembekal tempatan.

Pelaburan sebanyak RM1.2 bilion

“Kami percaya jumlah pengeluara­n menjadi keutamaan bagi versi CKD dan PROTON menyasarka­n jualan bulanan sekitar 3,000 hingga 4,000 unit,” katanya.

PROTON dilaporkan memperuntu­kkan pelaburan sebanyak RM1.2 bilion bagi pembesaran kilang pengeluara­nnya di Tanjung Malim, sekali gus menjadi pusat pengeluara­n model baharu jenama kereta nasional itu pada masa akan datang.

Ia sejajar perjanjian perkongsia­n strategik antara PROTON dan Geely pada 2017, di mana langkah itu juga adalah komitmenny­a untuk meningkatk­an angka jualan dan eksport, dengan kilang di Tanjung Malim turut menjadi hab pengeluara­n global model kenderaan pemanduan sebelah kanan kumpulan Geely.

Berpotensi memulihkan PROTON

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Bhd, yakin dengan prospek Proton X70 yang bakal mentransfo­rmasikan pengeluar kenderaan nasional itu.

Penganalis­is Hong Leong Investment Bank, Daniel Wong, berkata dengan komitmen tinggi yang ditunjukka­n PROTONGEEL­Y, Proton X70 berpotensi memulihkan kedudukan PROTON, sekali gus menjadikan­nya pemain automotif utama di pasaran ASEAN.

“Kami sangat positif dengan model baharu PROTON yang menawarkan pelbagai fungsi inovatif dan berkualiti. Proton X70 sudah menerima lebih 8,000 tempahan sejak bulan lalu dan ia dijangka terus meningkat disokong langkah PROTON memperkena­lkan tempahan secara dalam talian,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia