Berita Harian

Volkswagen perkenal pakej aksesori eksklusif

-

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkena­lkan JOIN, edisi barisan model Volkswagen yang diberikan penambahan aksesori khas.

Pengarah Urusannya, Erik Winter, berkata JOIN adalah pakej aksesori yang dipasangka­n pada model utamanya seperti Polo; Vento Comfortlin­e dan Highline; serta Tiguan Highline dan Comfortlin­e.

Katanya, aksesori JOIN merangkumi plat sisi, spoiler, kemasan but, tint VW serta penambahan aksesori eksklusif lain bernilai sehingga RM12,000, bergantung kepada model.

“Pelancaran JOIN mencermink­an komitmen VPCM dalam menawarkan pelbagai pilihan produk kepada pelanggan di Malaysia. Ia menawarkan sentuhan eksklusif kepada pelanggan yang inginkan penampilan lain daripada yang lain.

“Pengenalan kepada barisan model JOIN dan beberapa edisi model lain adalah antara usaha kami menawarkan manfaat tambah nilai kepada pelanggan,” katanya pada majlis pelancaran edisi JOIN sempena penganjura­n Volkswagen Fest 2018, di Shah Alam, semalam.

Yang hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Christophe Lejeune.

Winter berkata, sempena pelancaran majlis itu, VPCM dan Lazada Malaysia turut menjalinka­n usaha sama untuk menawarkan harga promosi 25 unit model JOIN.

“25 unit model JOIN boleh dibeli menerusi aplikasi Lazada bermula hari ini (semalam) hingga 30 Oktober. Pelanggan hanya perlu membayar harga runcit untuk pembelian model terbabit untuk mendapatka­n aksesori secara percuma.

Aplikasi mudah alih Volkswagen Cares

“Untuk membuat tempahan, pelanggan perlu membayar fi tempahan RM799 untuk model Polo dan Vento atau RM1,699 bagi Passat Comfortlin­e dan Tiguain melalui Lazada Wallet, kad kredit atau perbankan online.

“Seterusnya, pelanggan akan menerima panggilan daripada wakil Volkswagen untuk melengkapk­an pembelian dan penghantar­an kenderaan itu,” katanya.

Pada majlis sama, VPCM turut melancarka­n aplikasi mudah alih Volkswagen Cares, sebagai inisiatif meningkatk­an hubungan dengan pelanggan dan pengalaman pemi likan Volkswagen.

Winter berkata, aplikasi itu mengandung­i maklumat mengenai jualan dan selepas jualan, termasuk penawaran servis, ganjaran pemilik, video pendidikan dan kemaskini acara yang bakal berlangsun­g.

“Volkswagen Cares juga merangkumi Volkswagen Care Plus (VCP), program eksklusif untuk pemilik yang memiliki kenderaan VW lebih tempoh lima tahun.

Menerusi pembayaran RM138, ahli VCP bakal menerima tiga baucer diskaun 20 peratus untuk servis, lanjutan dua tahun bantuan tepi jalan dan baucar barangan bernilai RM100,” katanya

 ??  ?? Winter (kanan) bersama Lejeune pada majlis pelancaran edisi JOIN di Shah Alam, semalam.
Winter (kanan) bersama Lejeune pada majlis pelancaran edisi JOIN di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia