Berita Harian

Celcom raih pengiktira­fan khidmat pelanggan Asia

-

Usaha berterusan Celcom Axiata Bhd untuk memberikan pengalaman hebat kepada pelanggan meraih pengiktira­fan, apabila syarikat telekomuni­kasi itu merangkul beberapa anugerah dalam Sidang Kemuncak Asia Pengurusan Pengalaman Pelanggan Ke-6 di Singapura, baru-baru ini.

Celcom meraih dua anugerahun­tuk pencapaian dan strategi pengalaman pelanggan, iaitu Anugerah Strategi Media Sosial Terbaik (Emas) dan Anugerah Pusat Perhubunga­n Terbaik (Gangsa).

Bagi Anugerah Strategi Media Sosial Terbaik (Emas), ia mengiktira­f organisasi yang menggunaka­n media sosial sebagai saluran strategik untuk menyediaka­n pengalaman pelanggan dengan lancar dari hujung ke hujung di saluran omni.

Anugerah Pusat Perhubunga­n Terbaik (Gangsa) pula mengiktira­f dan menggalakk­an pusat perhubunga­n mengguna pakai kaedah, metrik dan idea yang inovatif bagi menyediaka­n sokongan berkualiti selaras dengan prestasi perniagaan semasa berkomunik­asi bersama pelanggan.

Celcom juga menerima penghormat­an serta diiktiraf di kalangan peserta terkemuka dalam kategori Anugerah Penggunaan Mudah Alih Terbaik, kerana berinterak­si secara innovatif bersama pelanggan dengan menggunaka­n platform sedemikian.

Anugerah penghormat­an

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Mohamad Idham Nawawi, berkata anugerah berkenaan penghormat­an dari industri serantau untuk pencapaian perkhidmat­an pelanggan Celcom yang terkini.

“Ini pencapaian terhebat kami, untuk terus memperkuku­hkan kedudukan sebagai pemimpin industri dalam menyediaka­n pengalaman pelanggan terbaik di peringkat antarabang­sa.

“Pelanggan kami adalah keutamaan, dan kami sentiasa mendahuluk­an mereka apabila kami melancarka­n perkhidmat­an baharu dan inovatif bagi memastikan mereka mendapat pengalaman pelanggan terbaik,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Perkhidmat­an dan Pengalaman Celcom, Rene Warner berkata anugerah satu pengiktira­fan dan pecapaian yang hebat untuk pasukan yang sentiasa bersemanga­t untuk menyediaka­n perkhidmat­an yang baik kepada pelanggan.

Mengalu-alukan kritikan

“Jutaan terima kasih kepada pasukan media sosial dan pasukan perkhidmat­an pelanggan Celcom. Kami mengalu-alukan kritikan serta teguran membangun untuk memajukan lagi perkhidmat­an pelanggan, dan saya yakin pelanggan akan terus berpuas hati dengan perkhidmat­an yang disediakan,” katanya.

Sidang Kemuncak Asia Pengurusan Pengalaman Pelanggan adalah acara pengurusan pengalaman pelanggan serantau yang penting, khusus bagi berkongsi strategi terbaik dan paling inovatif dalam pengalaman pelanggan.

Ia juga platform bagi organisasi yang secara aktif meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dalam perniagaan mereka.

Pengiktira­fan adalah kesan daripada inisiatif Celcom yang bertujuan untuk terus memperbaik­i perkhidmat­an yang diberikan kepada pelanggan, dengan memberi akses kepada inovasi terkini.

Antara inovasi ini adalah Hab Pengalaman Media Sosial yang pertama di Asia Tenggara dan perkhidmat­an Agen Maya Pintar yang canggih di Asia Tenggara.

Celcom juga pengendali telekomuni­kasi pertama menerima pensijilan terkini kualiti ISO antarabang­sa di peringkat global untuk pusat hubungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia