Berita Harian

Fotografi ‘Sayangi Malaysia’ dari kaca mata kanak-kanak

-

Kuala Lumpur: Pameran fotografi realiti visual bergerak PETRONAS memberi peluang kepada masyarakat, terutama pelajar untuk menghayati hasil karya kanak-kanak di bawah usia 12 tahun mengenai negara ini.

Karya yang dihasilkan oleh mereka yang berusia antara lima hingga 12 tahun dari seluruh negara yang dipilih oleh syarikat minyak dan gas nasional itu menceritak­an mengenai Malaysia sempena program #Ceritakita.

Pameran bergerak selama sebulan bermula 8 Oktober lalu dan berakhir hujung bulan ini akan berada di 32 lokasi membabitka­n sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.

Beri kesedaran

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Jalan Peel, Faridah Abd Gani, berkata karya fotografi itu sememangny­a amat mengagumka­n dan menceritak­an seribu satu kisah mengenai Malaysia.

Beliau berkata, hasil karya daripada kaca mata kanakkanak di bawah usia 12 tahun itu mampu memberikan kesedaran mendalam kepada orang ramai untuk lebih menghayati dan menghargai keamanan yang dikecapi negara selama ini.

“Mereka mengadapta­sikan fotografi dengan beberapa tema kemasyarak­atan yang boleh menimbulka­n semangat cinta akan negara kepada orang ramai.

“Pelajar sekolah kami adalah antara mereka yang bertuah dapat menghayati hasil karya kanak-kanak berkenaan dengan inisiatif dilakukan PETRONAS sangat baik dalam usaha menyatupad­ukan seluruh rakyat di negara ini,” katanya.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH] ?? Pelajar SMK Convent Jalan Peel berpeluang melihat karya fotografi kanak-kanak bawah 12 tahun.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH] Pelajar SMK Convent Jalan Peel berpeluang melihat karya fotografi kanak-kanak bawah 12 tahun.
 ??  ?? Faridah Abd Gani
Faridah Abd Gani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia