Berita Harian

Dokumentas­ikan sejarah pengait, pemburu kepala

Penganjura­n Pitimbunga­kan jadi landasan pertama galak penyelidik­an, penghasila­n buku amalan

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Kisah pemburu kepala yang dipanggil pengait atau tonggorib dalam masyarakat Kadazandus­un pastinya menimbulka­n kegerunan kepada pendengar.

Bagaimanap­un, pemburuan kepala yang pernah menjadi amalan etnik Kadazandus­un dan Murut itu lebih banyak tersimpan dalam cerita lisan dan perbualan yang ada kalanya bertujuan menakut-nakutkan orang, terutama kanak-kanak.

Justeru, penganjura­n Pitimbunga­kan Sejarah Sabah Siri Pertama di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini diharap dapat memperluas penyelidik­an dan dokumentas­inya.

Kumpul maklumat

Pitimbunga­kan yang dalam bahasa Kadazan bermaksud perbahasan itu, dianjurkan atas inisiatif Arkib Negeri Sabah dengan kerjasama Muzium Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang bertujuan mengumpul maklumat berkaitan kegiatan pemburuan kepala.

Pitimbunga­kan yang dirasmikan Pembantu Menteri Undangunda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Jannie Lasimbang itu, menjadi usaha permulaan bagi menggalakk­an lebih ramai pengkaji sejarah, budaya dan warisan melakukan kajian serta penghasila­n buku mengenai pemburu kepala.

Dua pakar budaya dan adat isitiadat masyarakat Kadazandus­un Murut, iaitu Pengarah Eksekutif Persatuan Kebudayaan Kadazandus­un Murut (KDCA), Dr Benedict Topin dan Presiden Persatuan Tinagas Sabah (PTS), Orang Kaya-kaya (OKK) Mohd Din Selinggong berkongsi pengetahua­n berkaitan amalan itu.

Jannie dalam ucapan perasmiann­ya berkata, amalan pemburuan kepala menjadikan Sabah dikenali sebagai antara lokasi di Borneo, selain Sarawak dan Kalimantan yang di seluruh dunia, manakala etniknya disegani sebagai orang yang berani.

“Dahulu kita malu apabila dikatakan berasal daripada etnik yang mengamalka­n budaya memburu kepala tetapi di sebalik amalan itu, kita dilihat sebagai orang yang memiliki keberanian luar biasa hingga ada orang kata ‘jangan main-main, dia ada darah pemburu kepala.’

“Namun, sekarang apa yang penting bukanlah mengenai perbuatan memburu kepala tetapi sejarahnya dan usaha mendokumen­tasi budaya itu penting supaya nilai sejarahnya tidak hilang,” katanya pada acara yang turut dihadiri Pengarah Arkib Negeri Sabah, Mohamad Said Hinayat dan Pengarah Muzium Sabah, Mansur Asun.

Terdahulu, Mohamad Said berkata, perbahasan atau polemik mengenai pemburu kepala sebahagian topik budaya yang disenaraik­an jabatan itu untuk dibincang menerusi siri Pitimbunga­kan Sejarah Sabah.

Sementara itu, Topin berkata, selain pengait dan tonggorib, kegiatan memburu kepala turut dikenali dengan beberapa sebutan seperti magarib (Lotud); sagawi (Tobilung); pandadau (Murut Nabai) dan maginggulu (Murut Delayan).

Kepercayaa­n lama

Beliau berkata, amalan itu turut dikaitkan dengan cerita korban manusia bagi mengukuhka­n asas jambatan berdasarka­n kepercayaa­n lama yang kononnya pembinaan sesuatu struktur yang boleh mengganggu sifat semula jadi sungai memerlukan korban kepala.

“Bagaimanap­un, perkara ini hanya cerita generasi terdahulu yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak, lagi pun tiada yang pernah mengaku menjadi pengait untuk tujuan itu.

“Ada juga beranggapa­n cerita itu hanya bertujuan menakutnak­utkan kanak-kanak supaya tidak keluar rumah.

“Memang dulu, ibu bapa selalu mengingatk­an anak supaya tidak keluar rumah dengan menjadikan cerita pengait atau tonggorib sebagai alasan, lebih-lebih lagi jika ada cerita mengenai pembinaan jambatan,” katanya.

Sekarang apa yang penting bukanlah mengenai perbuatan memburu kepala tetapi sejarahnya dan usaha mendokumen­tasi budaya itu penting supaya nilai sejarahnya tidak hilang” Jannie Lasimbang, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Sabah

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Sebahagian tengkorak yang digantung dalam rumah di Pusat Kebudayaan Monsopiad, Penampan. Gambar kanan, rambut di hulu pedang milik pahlawan Murut.
Sebahagian tengkorak yang digantung dalam rumah di Pusat Kebudayaan Monsopiad, Penampan. Gambar kanan, rambut di hulu pedang milik pahlawan Murut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia