Berita Harian

Guterres terharu, puji warga Sulawesi

PBB sedia hulur dana RM200 juta bantu mangsa bencana

-

Beribu-ribu mangsa bencana berganda di Palu berkumpul dan bersolat, semalam di tepi pantai pada hari yang sama pemimpin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melawat bandar raya yang rosak teruk itu.

Setiausaha Agung badan induk itu, Antonio Guterres memuji ketabahan dilalui mangsa ketika gempa dan tsunami sejak 28 September lalu apabila beliau diiringi Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla ketika kunjungan ke Balaroa yang kini kelihatan sudah hilang wajahnya.

“Bagi mereka yang kehilangan anggota keluarga tersayang dan juga rakan saya mahu menyuaraka­n rasa amat simpati.

“Kami amat sedih melihat apa yang sudah berlaku di sini. Tapi kita semua akan bersatu padu demi Sulawesi dan juga Indonesia,” kata beliau.

PBB juga dilaporkan akan memberi sumbangan AS$50.5 juta (kira-kira RM200 juta) bagi tujuan pemulihan di kawasan yang dilanda bencana teruk di pulau Sulawesi .

Dalam kunjungan itu, Guterres dan Jusuf juga berbual dengan pegawai yang ditugaskan dalam proses pemulihan membantu mangsa di pusat pemindahan dan juga hospital yang dibina sementara.

“Saya sudah tinggal dalam khemah ini selama dua minggu sejak malam bencana itu berlaku," kata Sarina yang berusia 53 tahun ketika kedua-dua pemimpin itu meninjau pusat pemulihan.

“Saya berharap kerajaan dapat memberi kami tempat tinggal kerana saya tidak dapat pulang ke rumah. Rumah saya, barangan milik saya semua sudah hilang. Saya cuma ada pakaian.”

Sementara itu, Gabenor Sulawesi Tengah, Longki Djanggola melanjutka­n perintah darurat di kawasan terjejas akibat gempa dan tsunami untuk tempoh 14 hari lagi manakala pencarian mayat mangsa dilanjutka­n sehari lagi sehingga, semalam.

Perintah darurat semasa, dijangka tamat Sabtu, kini dilanjutka­n sehingga 26 Oktober.

Keputusan itu dibuat ketika pihak berkuasa masih berdepan banyak masalah di lapangan untuk menyediaka­n keperluan asas, membaiki kerosakan infrastruk­tur dan membina perumahan sementara kepada mangsa bencana.

Sebagai maklum balas terhadap permohonan pertubuhan masyarakat awam, kerajaan juga memutuskan untuk membenarka­n tambahan sehari lagi mengeluark­an mayat, tamat tengah hari semalam berikutan kebimbanga­n kesihatan.

 ??  ?? Guterres menjelaska­n sesuatu kepada Jusuf ketika melawat kawasan bencana di Palu, semalam. Menurut laporan terkini sekurang-kurangnya 2,045 orang terkorban dalam bencana berganda itu.
Guterres menjelaska­n sesuatu kepada Jusuf ketika melawat kawasan bencana di Palu, semalam. Menurut laporan terkini sekurang-kurangnya 2,045 orang terkorban dalam bencana berganda itu.
 ??  ?? Warga Muslim Indonesia berdoa selepas solat Jumaat di Kampung Talise, Sulawesi, semalam susulan gempa dan tsunami yang melanda kawasan itu pada 28 September lalu.
Warga Muslim Indonesia berdoa selepas solat Jumaat di Kampung Talise, Sulawesi, semalam susulan gempa dan tsunami yang melanda kawasan itu pada 28 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia