Berita Harian

PLO tak iktiraf wakil damai PBB

Mladenov didakwa ‘bersikap melampau’ ikhtiar perjanjian antara Israel, Hamas

-

Dalam satu perkembang­an baharu, kepimpinan Palestin tampil menyuaraka­n betapa mereka tidak lagi akan bekerja dengan wakil damai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mereka mendakwa wakil berkenaan, Nickolay Mladenov sudah bertindak secara melampau dengan mendapatka­n perjanjian antara Israel dan pergerakan Islam Hamas.

Seorang anggota jawatankua­sa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmed Majdalani berkata, ia sudah memaklumka­n Setiausaha Agung PBB bahawa wakil itu tidak lagi diterima oleh kerajaan Palestin.

Katanya, Mladenov 'melampaui peranan beliau' dengan menda- patkan perjanjian antara Israel dan lawan Palestin iaitu Hamas, yang mengawal Gaza, menambah tindakanny­a menjejaska­n 'keselamata­n Palestin dan penyatuan rakyat.'

Tiada ulasan segera daripada Mladenov atau pengesahan daripada PBB.

“Selepas Palestin berkata tidak kepada Israel dan tidak kepada Amerika, mereka kini mengatakan tidak kepada PBB.

“Dalam keputusan ini, Abu Mazen (Presiden Palestin Mahmoud Abbas) terus mengetuai Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk pengasinga­n antarabang­sa yang pada akhirnya menjejaska­n rakyat Palestin sendiri," kata Duta Israel ke PBB, Danny Danon dalam satu kenyataan.

Sementara itu, di Doha, Qatar mengumumka­n jaminan bantuan berjumlah AS$150 juta (RM624 juta) kepada Gaza, sehari selepas bahan api dibeli negara Teluk itu tiba di stesen jana kuasa tunggal di wilayah ditadbir Hamas itu.

Satu kenyataan daripada Kementeria­n Luar Qatar berkata, wang dijanjikan itu diperoleh menerusi Tabung Pembanguna­n Qatar, badan kerajaan bertanggun­gjawab mengagihka­n bantuan asing oleh negara berkenaan.

“Di bawah arahan Sheikh Tamim bin Hamad al-thani, Emir Qatar, Tabung Pembanguna­n Qatar berikrar AS$150 juta dalam bantuan kemanusiaa­n bagi mengurangk­an krisis kemanusiaa­n di Semenanjun­g Gaza yang terkepung,” kata kementeria­n.

Ia menambah, Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) akan meneliti agihan bantuan berkenaan. PBB menganggar­kan nilai sumbangan awal bahan api Qatar berjumlah AS$60 juta (RM249 juta).

 ??  ?? Nickolay Mladenov
Nickolay Mladenov

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia