Berita Harian

Taufan Michael ragut 12 nyawa

-

Panama City: Pasukan penyelamat melancarka­n pencarian mangsa terbabit di kawasan teruk dibadai Taufan Michael, kelmarin dengan sekurangku­rangnya 12 orang maut di Florida, Georgia dan Carolina Utara.

Di Mexico Beach, bandar tepi laut di mana taufan Kategori 4 itu mendarat, banyak kediaman musnah, begitu juga bot dipukul ke laman rumah dan jalan raya dipenuhi pokok tumbang dan tiang elektrik.

Gabenor Florida, Rick Scott berkata, taufan yang membawa kelajuan angin 250 kilometer sejam mencetus 'kemusnahan luar jangka' dan keutamaan kini ialah mencari mangsa di kalangan penduduk yang gagal mematuhi arahan berpindah.

"Saya amat bimbangkan rakyat yang tidak berpindah dan saya berharap, kita tidak mengalami banyak kehilangan nyawa," kata Scott kepada saluran ABC.

Tentera AS berkata, lebih 2,000 askar Pengawal Kebangsaan Florida ditugaskan dalam operasi pemulihan.

Ada 12 kematian disahkan berkaitan taufan setakat ini, empat di Gadsden County, Florida manakala satu di Georgia dan Carolina Utara. Laporan Reuters pada awalnya menyebut 7 maut akibat serangan taufan itu.

Presiden Donald Trump memberi jaminan membantu mangsa.

Pihak berkuasa Florida berkata, lebih 400,000 rumah dan premis perniagaan bergelap di Florida dan Scott berkata, hampir 20,000 kakitangan utiliti dikerah untuk memulihkan bekalan kuasa.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Berpuluh-puluh bot yang musnah susulan Taufan Michael di Florida, kelmarin.
[ FOTO AFP ] Berpuluh-puluh bot yang musnah susulan Taufan Michael di Florida, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia