Berita Harian

Ribuan bantah agenda antiwanita Presiden AS

-

Chicago: Disokong pertelingk­ahan sengit berhubung pencalonan seorang hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS), ribuan wanita dijangka berarak di bandar ini dan membuang undi pilihan raya pertengaha­n penggal lebih awal bagi menentang ‘agenda antiwanita’ pentadbira­n Presiden Donald Trump.

Bantahan dianjurkan Women's March Chicago itu adalah tanda kejatuhan politik dalam perjuangan partisan Republikan untuk mengesahka­n pencalonan Trump, Brett Kavanaugh ke mahkamah tertinggi negara itu walaupun wujud dakwaan serangan seksual.

Penganjur mengadakan perarakan itu bersesuaia­n dengan saat-saat menjelang pilihan raya penting pertengaha­n penggal 6 November ini, apabila Demokrat disebut-sebut mengambil alih kawalan dewan rendah Kongres daripada Republikan.

Mereka berkata, perarakan sama didorong kemarahan berhubung pengesahan Kavanaugh, dijadualka­n diadakan hujung bulan ini di negeri lain, termasuk kubu kuat Republikan di Texas, Georgia dan Carolina Selatan.

“Wanita agak kecewa berhubung pengesahan Kavanaugh dan bersemanga­t untuk mengundi,” kata jurucakap Women March Chicago, Harlene Ellin kepada AFP.

Semua kecuali seorang anggota Republikan dalam Senat mengundi memilih Kavanaugh ke Mahkamah Agung manakala semua kecuali seorang anggota Demokrat mengundi menentang pemilihan itu.

Women March Chicago dalam satu kenyataan berkata, ia menyasar ‘agenda anti-wanita Rumah Putih dan parti Republikan.’

Selepas perhimpuna­n dan perarakan, penunjuk perasaan akan menuju lokasi pengundian awal di pinggir bandar ini untuk mengundi.

Republikan ketika ini menguasai Rumah Putih dan kedua-dua dewan Kongres, namun ramai dalam parti itu bimbang pengundi antitrump akan mengatasi penyokong Presiden AS dalam pilihan raya pertengaha­n penggal.

Bantahan itu berlaku ketika pengundian awal diperhebat di Illinois yang sudah bermula di lebih 12 negeri lain. Lebih ramai akan menyertain­ya untuk hari-hari akan datang.

Kebanyakan negeri membenarka­n pengundian awal menerusi pos atau di stesen pengundian terhad. Proses itu akan membenarka­n mereka yang tidak muncul pada hari pengundian, peluang membuang undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia