Berita Harian

Moscow lancar siasatan jenayah

Dua angkasawan akan kembali sambung misi ke ISS tahun depan

-

Dua angkasawan yang terselamat selepas pelancaran roket yang gagal, kelmarin dilaporkan akan kembali menyambung misi mereka, awal tahun depan.

Dmitry Rogozin, yang mengetuai agensi angkasa lepas Russia berkata, Alexei Ovchinin dan angkasawan Amerika Syarikat, Nick Hague akan membuat persiapan untuk perjalanan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabang­sa (ISS).

Beliau berkata demikian, sehari selepas dua angkasawan membuat pendaratan cemas hanya dua minit sejurus berlepas bersama Soyuz ke orbit.

Terdahulu, pesawat yang membawa dua kru itu, mendarat dalam keadaan tidak cedera di padang rumput Kazakhstan ketika anggota penyelamat bergegas ke kawasan itu, menurut Pentadbira­n Angkasa Lepas dan Aeronautik AS (NASA) serta agensi angkasa lepas Russia, Roscosmos.

Kesilapan itu berlaku pada peringkat pertama dan kedua roket penggalak Russia yang terpisah sejurus dilancarka­n dari kosmodrom era Soviet di sini.

Sementara itu, dalam satu lagi perkembang­an terkini, penyiasat Russia sudah melancarka­n siasatan terhadap kegagalan kapal angkasa Soyuz sejurus berlepas, dalam halangan terbesar terhadap industri angkasa lepas negara itu yang dilanda masalah.

Hilang satelit

Pihak berkuasa Russia berkata, mereka membuat satu penyiasata­n jenayah terhadap nahas itu, insiden pertama seumpama dalam penerbanga­n dikemudi dalam sejarah pasca-soviet.

Industri angkasa lepas Russia mengalami pelbagai masalah sejak beberapa tahun lalu, termasuk kehilangan sejumlah satelit dan kapal angkasa.

Pihak berkuasa berkata, mereka akan menggantun­g pelancaran dikemudi susulan nahas terbabit.

“Sistem menyelamat kecemasan berhasil, kapal angkasa berupaya mendarat di Kazakhstan, kru masih hidup,” kata agensi angkasa lepas Russia, Roscosmos dalam tweet.

“Kemalangan berkaitan penggalak, dua minit, 45 saat,” kata suara Ovchinin didengar berkata dengan tenang dalam rakaman langsung dari kosmodrom Kazakhstan di sini.

Insiden itu berlaku ketika roket terbabit melakukan perjalanan sejauh 7,500 kilometer sejam, hanya 119 saat sejurus berlepas, menurut NASA.

 ??  ?? Pasukan penyelamat berkumpul dekat Kapsul Soyuz untuk membantu Hague dan Ovchinin selepas dua angkasawan itu melakukan pendaratan cemas di padang rumput di Zhezkazgan, Kazakhstan, kelmarin.
Pasukan penyelamat berkumpul dekat Kapsul Soyuz untuk membantu Hague dan Ovchinin selepas dua angkasawan itu melakukan pendaratan cemas di padang rumput di Zhezkazgan, Kazakhstan, kelmarin.
 ??  ?? Hague (kiri) dan Ovchinin berwajah ceria selepas mendarat cemas di Baikonur, Kazakhstan, kelmarin.
Hague (kiri) dan Ovchinin berwajah ceria selepas mendarat cemas di Baikonur, Kazakhstan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia