Berita Harian

The Blues mahu hantar penyokong ke kem Nazi

-

Chelsea: Chelsea bercadang memperkena­lkan kaedah baharu untuk menyelesai­kan masalah perkauman penyokong kelabnya, dengan menghantar mereka ke kem Auschwitz - sebuah kem tahanan tentera yang melambangk­an kekejaman pemerintah­an Nazi.

Pemilik The Blues, Roman Abramovich yang juga seorang yahudi, memperkena­lkan kaedah itu bagi menangani masalah golongan anti-yahudi.

Berbanding mengenakan perintah larangan ke stadium, Chelsea akan memberi penyokongn­ya pilihan untuk menyertai lawatan berkenaan atau kehilangan tiket bermusim.

Pengerusi Chelsea, Bruce Buck berkata: “Jika anda melarang mereka daripada menghadiri perlawanan, anda tidak mampu mengubah sikap golongan ini.

“Dasar sebegini akan memberikan mereka lebih peluang untuk menyedari kesalahan yang telah mereka lakukan, dan menjadikan mereka bersikap lebih baik pada masa hadapan.

“Jika dulu, kita dengan mudah mengasingk­an mereka daripada penyokong lain dan melarang mereka menonton perlawanan sehingga tiga tahun.

“Sekarang kami akan berkata: ‘Anda melakukan perkara yang salah, dan kini mempunyai pilihan.

“Kami boleh melarang anda dari hadir ke stadium atau anda boleh meluangkan masa dengan pegawai kami untuk memahami kesalahan yang anda telah lakukan.”

Pada September 2017, selepas pertemuan di Leicester, Chelsea menyelar beberapa penyokongn­ya ekoran laungan anti-yahudi yang ditujukan kepada pasukan jiran, Tottenham - kelab yang mempunyai ramai penyokong Yahudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia