Berita Harian

Portugal tanpa Ronaldo tetap gah

Jinak Poland sekali gus ranap impian pesta Lewandowsk­i

-

Biarpun turun tanpa peledak utama, Cristiano Ronaldo, Portugal menewaskan Poland 3-2 dalam aksi Liga Negara-negara Eropah, kelmarin, sekali gus meranapkan impian Robert Lewandowsk­i meraikan aksi ke-100 pada peringkat antarabang­sa dengan kejayaan.

Portugal yang juga juara Eropah meledak tiga gol dalam tempoh 20 minit dalam perlawanan yang berlangsun­g di bandar Chorzow itu.

Andre Silva membuka tirai jaringan pada minit ke-32, diikuti gol sendiri Kamil Glik pada minit ke-43 dan Bernardo Silva melengkapk­an kemenangan sembilan minit selepas itu.

Pasukan bimbingan Fernando Santos itu kini mencatatka­n dua kemenangan dalam aksi Liga Negara-negara selepas turut menumbangk­an Itali 1-0, pada September lalu.

Iceland mendahului

Penyerang profilik Genoa, Krzysztof Piatek bagaimanap­un terlebih dahulu meletakkan Poland di depan minit ke-19, dengan Jakub Blaszczyko­wski merapatkan jurang defisit buat tuan rumah minit ke-77.

Sementara itu, di Podgorica, Serbia menewaskan Montenegro 2-0 pada pertemuan pertama antara kedua-dua bekas wilayah Yugoslavia itu.

Aleksandar Mitrovic menjadi wira apabila menjaringk­an kedua-dua gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-18, diikuti jaringan pada minit ke-81.

Israel pula bangkit daripada ketinggala­n di Haifa untuk menundukka­n Scotland 2-1.

 ??  ?? Pemain Portugal meraikan kemenangan selepas menewaskan Poland 3-2 pada perlawanan aksi Liga Negara-negara, kelmarin.
Pemain Portugal meraikan kemenangan selepas menewaskan Poland 3-2 pada perlawanan aksi Liga Negara-negara, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia