Berita Harian

Liverpool tak sudi jadi naib juara: Klopp

-

Liverpool: Pencabar gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini, Jurgen Klopp (gambar) memberi amaran kepada pesaing utamanya betapa Liverpool tidak berminat untuk menamatkan saingan di tangga kedua.

Ketika ini, The Reds menyertai kelompok pendahulu liga dengan Chelsea dan penyandang juara, Manchester City masing-masing mengumpul 20 mata selepas menempuh lapan perlawanan. Skuad bimbingan Klopp itu nampak bersedia melancarka­n perang merebut trofi liga, selepas gagal melakukann­ya pada musim lalu.

City menamatkan saingan 10 mata berbanding pencabar terdekat musim lalu, manakala Liverpool di tangga kedua, dengan ketinggala­n 25 mata.

Klopp meraikan tiga tahun mengemudi Liverpool minggu ini dan pengendali dari Jerman itu menegaskan, beliau bukannya bersaing untuk merebut tangga kedua.

Kedua tiada makna

“Dalam kebanyakan sukan, jika berada di tangga kedua di Sukan Olimpik, anda akan pulang dengan pingat perak,” kata Klopp.

“Dalam bola sepak, ia langsung tiada makna. Begitu juga dengan saya. Saya mahu menang dan saya tahu, ini adalah satu tanggungja­wab.

“Saya mempertaru­hkan semuanya, pengetahua­n, kesabaran, perasaan, pengalaman - saya letakkan semua itu untuk kelab. Pada suatu ketika, ia sepatutnya berjalan lancar dan kini, kami sepatutnya memiliki detik terbaik,” katanya.

Chelsea pula mengejutka­n perlumbaan merebut gelaran musim ini dengan bos baharu, Maurizio Sarri dilihat berjaya menyuntik magis ke atas skuad bimbingann­ya.

City pula dilihat tidak begitu berjaya memulakan kempen menakjubka­n seperti musim lalu, dan ramai pemerhati melihat Chelsea dan Liverpool mampu muncul pencabar utama dan merosakkan impian skuad juara bertahan itu.

Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangguhk­an sementara sehingga 20 Oktober ini sempena musim rehat antarabang­sa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia