Berita Harian

Argentina tetap pesta gol tanpa Messi

-

Riyadh: Argentina membuktika­n tetap mampu hidup tanpa kelibat Lionel Messi apabila pasukan kedua yang diturunkan mudah membenam Iraq 40, dalam aksi persahabat­an antarabang­sa di sini, kelmarin.

Pengendali sementara, Lionel Scaloni menggunaka­n perlawanan itu untuk menguji kombinasi bakat baharu untuk mengasak tuan rumah, dengan hanya tiga pemain senior disenaraik­an kali ini.

Hanya penjaga gol, Sergio Romero serta pemain pertahanan, Ramiro Funes Mori dan penyerang, Paulo Dybala yang menjadi pemain berpengala­man dipilih menguatkan barisan Argentina.

Berdepan Brazil Selasa depan

Tonggak Inter Milan, Lautaro Martinez membuka tirai jaringan pada minit ke18, menerusi tandukan selepas menerima hantaran bola silang Marcos Acuna dari bahagian sayap kiri.

Roberto Pereyra menjaringk­an gol ketiga pada minit ke53, apabila pemain Watford ini menamatkan gerakan satu dua dengan Dybala sebelum melakukan penyudah yang cukup menarik.

Pertahanan Fiorentina, German Pezzella menanduk masuk gol ketiga hasil bola sepakan sudut dengan menewaskan penjaga gol Iraq, Jalal Hassan sebelum Franco Cervi melengkapk­an jaringan keempat pada masa kecederaan.

Argentina akan berdepan musuh tradisi, Brazil, di Arab Saudi pada Selasa depan dan selepas itu, Brazil akan berdepan tuan rumah di gelanggang yang sama pada Jumaat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia