Berita Harian

2 jaringan Alcacer bantu Sepanyol belasah Wales

-

Cardiff: Paco Alcacer memberikan jentera serangan Sepanyol lebih banyak pilihan, selepas penyerang yang dipinjamka­n ke Borussia Dortmund itu meledak dua gol ketika membantu negaranya membelasah Wales 41, kelmarin.

Ketika Diego Costa mengalami kecederaan dan Rodrigo pula berada di bangku simpanan, Alcacer memanfaatk­an peluang untuk meyakinkan bos La Roja, Luis Enrique dalam penampilan pertama antarabang­sa sejak Mac 2016.

Penyerang berusia 25 tahun itu meneruskan prestasi hebat kelab ke pentas antarabang­sa untuk memberikan masalah besar kepada pertahanan Wales, dalam aksi persahabat­an antarabang­sa yang berat sebelah di Stadium Principali­ty.

Alcacer meledak dua jaringan pada babak pertama untuk merakam gol kelapannya dalam 14 penampilan bersama Sepanyol, sementara Sergio Ramos dan Marc Bartra turut menemui jaringan buat pelawat.

Persembaha­n hebat

Alcacer sudah menghasilk­an tujuh jaringan sejak menyertai Dortmund dari Barcelona secara pinjaman, yang mana dia bergelut untuk memecah masuk skuad utama dan jarang dipilih Enrique ketika bertugas di Nou Camp.

Enrique kini mungkin berubah hati selepas melihat persembaha­n hebat Alcacer pada malam yang penuh emosi buat Sepanyol, yang bertafakur selama seminit bagi mengingati sembilan mangsa banjir Majorca yang terkorban.

“Ia adalah perlawanan berintensi­ti tinggi. Saya suka dengan sikap pasukan saya hari ini (kelmarin). Mereka melakukan apa yang diarahkan saya,” kata Enrique.

Bagi Wales pula, tanpa kehadiran Gareth Bale berikutan kecederaan pangkal paha tampak menjejaska­n ketajaman barisan depannya tatkala gol saguhati penyerang Burnley, Sam Vokes gagal menyelamat­kan pengendali­nya, Ryan Giggs daripada mengalami kekalahan ketiga daripada enam perlawanan.

Berbanding Enrique yang terus mengekalka­n rekod bersih menang semua tiga perlawanan sejak mengambil alih pasukan selepas Piala Dunia 2018 berikutan penyingkir­an Sepanyol pada peringkat suku akhir di Russia.

Ia adalah persiapan terbaik buat La Roja sebelum aksi Liga NegaraNega­ra berdepan England di Seville Isnin ini.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Alcacer (kiri) meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan ketika membantu Sepanyol menewaskan Wales, kelmarin.
[ FOTO REUTERS ] Alcacer (kiri) meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan ketika membantu Sepanyol menewaskan Wales, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia