Berita Harian

Leong terikat tangga ke-29 selepas catat 70

-

Kuala Lumpur: Pemain golf profesiona­l negara, Ben Leong hilang ketenangan pada akhir pusingan kedua CIMB Classic semalam dan terpaksa berpuas hati dengan catatan dua bawah par 70 untuk terikat di tangga ke-29 pada enam bawah par 138.

Pemain 32 tahun itu mengakui kesabarann­ya mula teruji sepanjang sembilan lubang terakhir terutama di lubang 10 dan 11 apabila mencatat bogey dan double†bogey yang memadamkan kelebihan lima birdie dicatatnya pada hari kedua kejohanan dalam siri Jelajah PGA di lapangan TPC Kuala Lumpur.

“Bermain dengan baik di sembilan lubang pertama dan mula hilang rentak di lubang 10 dan 11.

Gagal kawal kesabaran

“Saya gagal mengawal kesabaran di luar sana tetapi mampu bertahan, bangkit dan melakukan birdie di lubang 12. Mungkin (kerana) ini minggu keenam berturut-turut saya, jadi saya sedikit letih,” kata Leong yang kali pertama beraksi di CIMB Classic pada tahun 2015 di mana dia mendapat tempat ke-64.

Leong mengharung­i lima kejohanan Jelajah Asia berturut-turut dengan keputusan terbaiknya hadir di Yeangder TPC di Taiwan minggu lalu di mana dia menamatkan saingan terikat di tangga keenam untuk meraih AS$13,462 (RM56,000).

Leong akan cuba menukar strategi pada pusingan ketiga hari ini dalam usaha mengulangi prestasi cemerlang hari pertama di mana dia mencatat empat bawah par 68.

Seorang lagi pemain negara, Jeremiah Kim Leun Kwang yang beraksi buat kali pertama pada kejohanan ini, masih belum menemui rentak apabila mengulangi catatan kelmarin empat atas par 76 dan tercicir di tangga terakhir daripada 78 pemain pada lapan atas par 152.

→ Gary Woodland (USA) 69-61, Marc Leishman (AUS) 68-62

→ Shubhankar Sharmar (IND) 67-64, Paul Casey (ENG) 66-65

→ Austin Cook (USA) 64-68, Bronson Burgoon (USA) 63-69, Scott Piercy (USA) 65-67

→ Nick Watney (USA) 66-67, Kevin Chappell (USA) 66-67

→ J.b.holmes (USA) 67-67,

Joel Damian (USA) 66-68,

Emiliano Grillo (ARG) 66-68,

Billy Horschel (USA) 65-69,

Louis Oosthuizen (RSA) 66-68

→ Kevin Na (USA) 68-67,

Keith Mitchell (USA) 70-65,

Cheson Hadley (USA) 67-68, Abraham Ancer (MEX) 67-68,

Justin Thomas (USA) 66-69

→ An Byeonghun (KOR) 66-70, Charles Howell III (USA) 69-67 → BEN LEONG (MAS) 68-70 → KIM LEUN KWANG

(MAS) 76-76

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia