Berita Harian

Skuad remaja negara atasi Jepun

- Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Skuad negara akhirnya melakar kemenangan pertama selepas menewaskan Jepun 1-0 di sini, semalam sekali gus menyekat peluang anak didik Hiroki Sakamoto mara ke final hoki Piala Sultan Johor.

Namun skuad kendalian Nur Saiful Zaini gagal untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik, sebaliknya beraksi pada penentuan penentuan klasifikas­i tempat lima dan enam, petang ini.

Kemenangan itu melegakan Nor Saiful yang berpuas hati dengan komitmen pemain sepanjang aksi menentang Jepun walaupun mengakui ada kelemahan harus diperbaiki terutama pukulan sudut penalti.

“Saya akui kita lemah ketika mengambil pukulan sudut penalti malah apabila kita bertahan tatkala pasukan lawan meraih pukulan sudut penalti juga tampak belum mantap untuk menghalang daripada gawang dibolosi.

“Apa pun, ia proses belajar di kalangan pemain yang pertama kali beraksi di pentas antarabang­sa. Saya puji kesungguha­n mereka untuk menang pada perlawanan.

Corak permainan positif

“Bagi aksi penentuan klasifikas­i 5/6, petang esok (hari ini), kita akan beraksi dengan corak permainan positif,” katanya selepas perlawanan.

Anak didik Nor Saiful yang tampak mahu mencari kemenangan pertama, mempamerka­n aksi lebih tersusun terutama di benteng pertahanan apabila mengekang asakan barisan pemain Sakamoto untuk menamatkan aksi pada suku pertama tanpa jaringan.

Peluang terbaik skuad remaja negara membuka tirai jaringan hadir pada minit ke-18 apabila Hafizuddin Zaidi yang menyusup masuk ke dalam kawasan D selepas memperdaya benteng pertahanan Jepun.

Bersambung babak kedua pada suku ketiga, Malaysia yang meraih pukulan sudut penalti pertama pada minit ke-33 gagal melakukan penyudah tepat selepas bola tolakan Nur Asyraf Ishak berjaya dihalang.

Tuan rumah terpaksa menanti pada minit ke-57 untuk merungkai jaringan selepas Muhajir Abdul Raof berjaya menghasilk­an gol kemenangan menerusi gol padang yang menyentap semangat juang anak didik Sakamoto.

 ??  ?? Pemain Malaysia, Muhajir (depan) meraikan gol ketika bertemu Jepun di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.
Pemain Malaysia, Muhajir (depan) meraikan gol ketika bertemu Jepun di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia