Berita Harian

MB minta sokong Presiden FAS

- Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Kemelut Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) turut mendapat perhatian Menteri Besar, Amirudin Shari yang meminta semua pihak berdiri teguh di belakang kepimpinan Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Beliau yang pernah memegang jawatan sebagai pengurus pasukan Selangor berkata, ahli gabungan seharusnya bersabar dan memberi peluang kepada Presiden FAS dan EXCO untuk melaksanak­an perubahan.

“Saya mengambil berat dan mengikuti dengan teliti perkembang­an terbaru FAS khususnya kenyataan yang dikeluarka­n oleh Tengku Amir, hari ini (semalam).

“Pentadbira­n negeri menyambut baik dan menyokong penuh usaha dan agenda pembaharua­n yang cuba dilaksanak­an oleh Presiden FAS sejak beliau memegang tampuk pentadbira­n FAS.

Dana RM5 juta

“Sokongan dan komitmen kerajaan negeri ini dizahirkan dalam pelbagai aspek antaranya dengan suntikan dana berjumlah RM5 juta bagi menyelesai­kan beberapa tunggakan pentadbira­n FAS sebelum ini.

“Sokongan kerajaan negeri kepada FAS adalah atas keyakinan dan kepercayaa­n kepada kepimpinan Raja Muda Selangor sebagai Presiden FAS serta harapan peminat bola sepak negeri yang mahukan FAS berjaya,” katanya yang pernah mengetuai pasukan menjulang Piala Malaysia pada 2015 untuk menamatkan misi ke-33 selain turut muncul naib juara setahun kemudian.

Amirudin berkata, pertelingk­ahan dan perpecahan hanya akan membawa kesan negatif kepada FAS yang seterusnya akan menyebabka­n hilang kepercayaa­n peminat.

“Perlu diingat agenda ini tidak akan membuahkan hasil sekelip mata sebaliknya memerlukan masa dan sokongan semua pihak untuk direalisas­ikan.

“Justeru, saya menyeru kepada ahli EXCO FAS dan kelab gabungan serta persatuan yang bernaung di bawah FAS supaya memberikan sokongan penuh dan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Raja Muda Selangor selaku presiden.

“Saya percaya jika aspek musyawarah dan perbincang­an dikekalkan beberapa salah faham yang timbul dapat dirungkaik­an demi masa bola sepak Selangor.”

Sebelum ini, Sukan NSTP melaporkan segelintir kelab gabungan menuntut supaya kongres luar biasa (EGM) diadakan untuk memilih EXCO baru kerana berpendapa­t pelantikan dua Naib Presiden, Izhar Moslim dan Dr Johan Kamal Hamidon dibuat tidak mengikut perlembaga­an selain beberapa ketirisan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia