Berita Harian

Manja Man harap ihsan FAM

PFA terus gagal langsai gaji tertunggak selama 8 bulan

- Oleh Rodly Fadly

Jurulatih Perlis, Manja Man menyerahka­n kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membantu menyelesai­kan tuntutan tunggakan gajinya ke atas Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Ketika dihubungi Sukan NSTP memberitah­u, sehingga semalam PFA masih mengambil sikap lepas tangan walaupun tempoh diberikan FAM untuk melunaskan tunggakan itu sudah hampir dua minggu berlalu.

“Gaji saya tidaklah sebesar mana sebagaiman­a jurulatih pasukan lain tapi apabila tertunggak selama lapan bulan, sedikit sebanyak ia menjejaska­n kehidupan saya.

“Malah, saya lebih bersimpati dengan nasib pemain, sudahlah gaji tidak sebesar mana, tertunggak pula. Mereka kini benarbenar tersepit sehingga sudah ada yang berdepan tindakan bank kerana gagal menjelaska­n hutang kereta.

PFA membisu

“Sehingga hari ini, tidak ada tanda-tanda PFA akan melangsaik­an tunggakan itu walaupun FAM sudah mengeluark­an arahan pada 3 September lalu. PFA hanya membisu malah semua panggilan dan mesej saya kepada mereka tidak berjawab.

“Sebaliknya, saya diberitahu oleh seorang jurulatih skuad belia, pegawai persatuan itu mencabar supaya mereka mengadu kepada persatuan jurulatih (Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia),” katanya. Jurulatih Perlis

Pada 3 September lalu, FAM mengarahka­n PFA agar melangsaik­an tunggakan gaji pemain dan pegawainya berjumlah RM461,500 dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan.

Boleh digantung

Jika gagal, kes berkenaan akan dibawa ke Jawatankua­sa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbang­an rasmi.

“Saya difahamkan Perlis boleh digantung daripada menyertai pertanding­an musim depan jika masih gagal menyelesai­kan isu tunggakan gaji itu. Jika ia berlaku, ia adalah satu kerugian kepada bola sepak negeri ini.”

Justeru, Manja berharap barisan kepemimpin­an baharu yang bakal dipilih untuk menerajui PFA dalam mesyuarat agung luar biasa Ahad ini dapat mencari jalan untuk menyelesai­kan kemelut itu sebelum FAM mengambil tindakan drastik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia