Berita Harian

Hajat Harbuzi kembali ke Melaka tak kesampaian

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Hajat bekas pemain import Melaka United (MU), Labinot Harbuzi untuk kembali menyarung jersi skuad Hang Tuah musim depan tidak kesampaian selepas meninggal dunia di rumahnya di Sweden, kelmarin.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pemain yang pernah beraksi bersama Melaka pada 2016 itu sebelum ini ada menyuaraka­n keinginann­ya kembali beraksi bersama pasukan menerusi ejennya bulan lalu.

Bagaimanap­un, katanya belum sempat sebarang perbincang­an diadakan, pemain itu meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Pemain itu sebelum ini turut meminta Yusoff menghubung­inya berkaitan minatnya untuk kembali menyarung jersi MU.

“Disebabkan kesibukan selain aksi Liga Malaysia belum berakhir menyebabka­n saya tidak berkesempa­tan menghubung­inya sehingga kami dikejutkan dengan berita kematianny­a hari ini (semalam).

Bila bercerita kejayaan MU, sememangny­a sumbangan pemain bawah 21 (B-21) tahun Sweden itu tidak boleh dipisahkan dengan Melaka,” katanya.

Rakan Ibrahimovi­c

Kemahiran tinggi pemain yang juga rakan baik bintang tersohor Sweden, Zlatan Ibrahimovi­c itu membantu skuad Hang Tuah muncul juara Liga Perdana dan layak ke Liga Super 2017 antara dimensi manisnya bersama MU.

Kata Yusoff, MUSA amat terhutang budi dengannya dan kenanganny­a sepanjang bersama pasukan sentiasa menjadi ingatan.

Namun apa yang melegakan Yusoff, MUSA tidak menghadapi sebarang masalah dengan Harbuzi selepas persatuan itu membayar baki bonus yang dituntut menerusi Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA).

Beliau berkata, hubungan MUSA dan Harbuzi selepas itu tetap baik menerusi tindakan profesiona­l kedua-dua pihak dan ia juga antara punca keinginann­ya kembali ke bumi Hang Tuah, namun semuanya tinggal kenangan.

 ??  ?? Labinot Harbuzi
Labinot Harbuzi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia