Berita Harian

Penyu uji East Benggal FC di USIM

- Oleh Malik Muhamad

Kuala Terengganu: Bagi memastikan pemain Terengganu FC (TFC) terus ‘panas’, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengaturka­n perlawanan persahabat­an berdepan kelab India, East Benggal FC.

Perlawanan pemanas badan menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia itu dijadualka­n di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan, pada petang Ahad ini.

Penolong Jurulatih TFC, Mohamad Nik berkata, aksi persahabat­an itu penting buat skuadnya bagi menilai kelemahan dan kekuatan pasukannya menjelang aksi menentang Johor Darul T’azim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di Larkin pada 20 Oktober ini.

“Pada aksi pertama, kita mengesan beberapa kelemahan yang perlu diatasi segera bagi menyaingi kekuatan lawan yang sudah pasti lebih bersedia kali ini.

“Kami juga mahukan semua pemain belajar dan mengutip pengalaman bertemu naib juara Liga India 2017/2018 itu dan menggunaka­n kesempatan ini dengan mempamerka­n corak permainan terbaik termasukla­h menguatkan fizikal dan mental.

“Aksi ini juga boleh dikatakan sebagai sesi pemanas badan bagi mengelak pemain ‘sejuk’ selepas pusingan pertama,” kata Mohamad.

TFC menang 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama di Kuala Terengganu, hasil jaringan Abdul Malik Mat Ariff.

Coach Nik

Bekas pemain Terengganu itu yang lebih mesra dipanggil Coach Nik bagaimanap­un mengharapk­an pemainnya lebih bijak menggunaka­n peluang bermain dalam aksi itu dan cuba mengelak daripada berlakunya kecederaan dalam aksi persahabat­an.

“Kami akan beri peluang kepada semua pemain dalam perlawanan itu, namun mereka perlu mengelak daripada berlakunya kecederaan,” katanya merujuk kepada situasi yang menimpa pemain pertahanan, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris yang terpaksa berehat panjang.

Skuad TFC yang dikenali pasukan Terengganu sebelum penjenamaa­n semula pasukan itu musim ini merangkul piala berprestij itu pada 2001 dengan menewaskan Perak di pentas akhir.

 ?? [ FOTO GHAZALI KORI/BH ] ?? Pemain TFC, Abdul Malik Mat Ariff (tengah) dan rakan sepasukan meraikan kejayaan menewaskan JDT 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 6 Oktober lalu.
[ FOTO GHAZALI KORI/BH ] Pemain TFC, Abdul Malik Mat Ariff (tengah) dan rakan sepasukan meraikan kejayaan menewaskan JDT 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 6 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia