Berita Harian

SIP antara pelabuhan terbaik serantau

Pengendali antarabang­sa kagumi inovasi, amalan hijau kemudahan

- Oleh Malek Joseph

Bintulu

PPelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Port of Singapore Authority (PSA), Saigon Newport Corporatio­n, Port Nelson dan Victoria Internatio­nal Cargo Terminal (VICT) di Australia.

Penggerak prestasi pembanguna­n

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (Bintulu Port), Datuk Mohammad Medan Abdullah, berkata SIP wajar menerima pengiktira­fan itu di atas dedikasi kumpulan petugasnya terhadap amalan pengurusan pelabuhan yang cekap, sofistikat­ed dan berinovasi.

“SIP adalah pelaburan modal yang cukup signifikan bagi Bintulu Port, malah ia komponen terpenting dalam menggerakk­an prestasi pembanguna­n Taman Perindustr­ian Samalaju sebagai hab perdaganga­n dan pelaburan terpenting bagi Sarawak.

“Malah, sejak memulakan operasinya, SIP menyumbang kapasiti tambahan 18 juta tan kargo setahun yang dikendalik­an kumpulan ini secara keseluruha­nnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mohamad Medan berkata, lebih membanggak­an reka bentuk pelabuhan terbaru di Sarawak itu dirancang begitu rapi bertujuan meningkatk­an kecekapan pengendali­an kargo, sekali gus menyumbang kepada pengurusan kos dan masa yang efisien.

“Malah, pihak syarikat turut mengambil kira kepentinga­n dan tuntutan alam semula jadi, selain keperluan sosial dalam melaksanak­an pembanguna­n pelabuhan ini.

“Antara inovasi dilaksanak­an ialah penggunaan sistem pengangkut automatik yang mesra alam, selain sistem navigasi canggih yang membantu menjimatka­n masa operasi, termasuk tempoh pemunggaha­n kargo kapal,” katanya.

Model perniagaan

Katanya, inovasi itu turut membabitka­n katanya, seni bina bangunan pentadbira­n yang memberi penumpuan kepada penggunaan lebih banyak cahaya semula jadi, sekali gus meminimumk­an penggunaan tenaga dan pengeluara­n karbon dalam jangka panjang.

“Ia jelas memperliha­tkan dedikasi Bintulu Port dalam usaha menyampaik­an kecemerlan­gan operasi, pada masa sama, memastikan kemampanan jangka panjang bagi manfaat semua pemegang kepentinga­n.

“Kita percaya pelabuhan ini akan memulakan trend baharu dalam masyarakat sekitar apabila rakyat dapat melihat dengan jelas manfaat segera daripada kemampanan dan amalan hijau dalam setiap aspek kehidupan mereka,” katanya.

Mohamad Medan berkata, pihaknya berazam untuk menjadi model perniagaan yang boleh dicontohi dan memupuk cara baharu bagi masa depan yang lebih baik, khususnya dalam konteks kelestaria­n alam sekitar.

 ??  ?? Pelabuhan Industri Samalaju tersenarai sebagai enam finalis Anugerah Senarai Lloyd Asia Pasifik bagi kategori Pembanguna­n Infrastruk­tur Pelabuhan Terbaik 2018.
Pelabuhan Industri Samalaju tersenarai sebagai enam finalis Anugerah Senarai Lloyd Asia Pasifik bagi kategori Pembanguna­n Infrastruk­tur Pelabuhan Terbaik 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia