Berita Harian

Sarawak buka pejabat perdaganga­n luar negara

-

Kuching: Sarawak merancang membuka tiga pejabat perdaganga­n luar negaranya, masing-masing di Singapura, Brunei Darussalam dan Pontianak (Kalimantan Barat) dalam usaha melonjakka­n lagi prestasi eksport negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata pejabat perdaganga­n itu akan menjadi pusat perhubunga­n antara pengekspor­t tempatan dengan komuniti perniagaan di ketiga-tiga negara berkenaan.

Beliau menjelaska­n pejabat perdaganga­n itu atau lebih dikenali sebagai ‘STO’ dijadualka­n beroperasi pada 1 Januari ini, bermula di Singapura disusuli dua lagi negara berkenaan.

“Kerajaan Singapura bersetuju dengan rancangan kita ini, lebihlebih lagi kita akan mengeskpor­t produk pertanian ke sana dan mereka mempunyai standard tertentu yang mesti dipatuhi.

“Begitu juga dengan di Bandar Seri Begawan. Kita gembira kerana Sultan Brunei bersetuju untuk kita mewujudkan kemudahan ini di sana dan di Pontianak (Kalimantan Barat),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidanga­n dan Pameran Perniagaan Antarabang­sa Sarawak (SIBEC) 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini.

Rancang perkenal LDA

Sementara itu, Abang Johari berkata, Sarawak kini sedang merangka untuk memperkena­lkan Lembaga Pembanguna­n Tasik (LDA).

Menurutnya, LDA akan bertanggun­gjawab dalam membangunk­an tasik yang ada di negeri ini bagi tujuan pelanconga­n dan juga agrotani.

Pada masa sama, katanya, tasik itu juga akan dijadikan sebagai sumber air mentah untuk mengeluark­an tenaga.

Justeru, dalam usaha mengembang­kan ekonomi negeri, kerajaan negeri memberi jaminan akan meneruskan agenda pembanguna­n dengan memberi penekanan kepada empat infrastruk­tur asas iaitu air, jalan, elektrik dan digital.

“Dengan hala tuju ini, kita berharap menjelang 2030, Sarawak menjadi negeri maju menggunaka­n Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia