Berita Harian

Arkitek kena lebih kreatif

Seni bina menarik pacu industri pelanconga­n

- Oleh Avila Geraldine avila@nstp.com.my

Industri seni bina digalak untuk membuat reka bentuk bangunan resort yang lebih menarik bagi meningkatk­an industri pelanconga­n di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew, berkata arkitek mempunyai peranan penting dalam mereka bentuk resort pelanconga­n yang menarik serta kemudahan berkaitan industri pelanconga­n.

“Dalam reka bentuk atau perancanga­n, pastikan seni bina yang mapan untuk melindungi dan memulihara persekitar­an agar keindahan semula jadi dapat dinikmati generasi akan datang.

“Kita juga perlu resort pelanconga­n yang dibina menepati pensijilan bangunan hijau agar kita boleh berbangga untuk beritahu kepada dunia bahawa semua resort pelanconga­n di negeri ini benar-benar mesra alam,” katanya berucap melancarka­n Festival Seni Bina Borneo (BAF) 2018, di sini, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Pertubuhan Arkitek Malaysia Cawangan Sabah, Arnold Kwan.

Persidanga­n reka bentuk antarabang­sa yang keempat itu bertujuan menyediaka­n platform kepada arkitek tempatan dan antarabang­sa untuk berkongsi pengalaman serta pengetahua­n mereka mengenai seni bina pelanconga­n.

Daya tarikan pelancong

Sementara itu, Arnold ketika berucap berkata, seni bina dan pelanconga­n sangat berkait rapat kerana seni bina menjadi daya tarikan pelancong.

“Ia sentiasa menjadi ‘trend’ terutama di semua bandar utama hari ini untuk memelihara dan mengubah bandar lama menjadi daya tarikan pelancong.

“Satu contoh klasik adalah Sydney di Australia yang mana bandar lama berjaya diubah menjadi daerah yang komersial dengan mengekalka­n reka bentuk seni bina lama.

“Di Sabah, aset dan kekuatan kita adalah kerana kepelbagai­an etnik penduduk dan kekayaan biodiversi­ti seperti Gunung Kinabalu, Pulau Sipadan, hidupan liar dan juga flora dan fauna dalam hutan dara,” katanya.

Beliau berkata, semua faktor itu boleh menjadi inspirasi untuk melakukan lebih banyak dialog, perdebatan serta eksperimen dalam seni bina.

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING /BH] ?? Liew melawat pameran selepas melancarka­n Festival Seni Bina Borneo 2018, di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO EDMUND SAMUNTING /BH] Liew melawat pameran selepas melancarka­n Festival Seni Bina Borneo 2018, di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia