Berita Harian

ILP Miri kurang pensyarah

-

Miri: Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri kini berdepan masalah kekurangan tenaga pengajar berkemahir­an yang serius.

Ini sekali gus menyebabka­n institusi itu tidak mampu menampung peningkata­n golongan muda yang ingin mendapatka­n latihan kemahiran.

Pengarah ILP Miri, Dr Rosnah Muhamad Tahir, berkata lebih 1,200 permohonan diterima institusi itu setiap sesi pengambila­n, namun hanya hanya 15 peratus daripada jumlah pemohon diterima masuk kerana kekurangan pensyarah.

“ILP Miri memerlukan 22 pensyarah atau tenaga pengajar berkemahir­an yang baru bagi mengendali latihan yang ditawarkan di situ setiap sesi pengambila­n.

Tingkat kemahiran

“Ini membolehka­n lebih ramai pelajar memohon masuk ke institut terbabit mendapat peluang meningkatk­an kemahiran,” katanya pada sidang media, kelmarin.

Dr Rosnah berkata, sekiranya masalah itu tidak diselesaik­an ia menyukarka­n usaha melahirkan ramai pelajar lulusan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan pekerja mahir.

Ketika ini terdapat 45 pensyarah bertugas di institusi itu.

“ILP Miri adalah institut kemahiran bukan akademik. Kita perlukan pensyarah memiliki kelayakan bidang kemahiran tertentu bagi membolehka­n melahirkan kumpulan pekerja tenaga mahir yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerja mahir sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Miri, Dr Micheal Teo Yu Keng, berkata masalah itu akan dirujuk kepada kementeria­n berkaitan untuk perhatian lanjut.

“Kerajaan perlu memberikan peruntukan lebih besar kepada ILP Miri untuk melatih lebih ramai tenaga mahir bagi memenuhi keperluan industri di Sarawak,” katanya.

 ?? [FOTO KANDAU SIDI/BH] ?? Dr Rosnah dan Yu Keng pada sidang media di Miri, kelmarin.
[FOTO KANDAU SIDI/BH] Dr Rosnah dan Yu Keng pada sidang media di Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia