Berita Harian

Habuk kayu, sampah halang bot nelayan

-

Miri: Habuk kayu dan longgokan sampah di pesisir Pantai Luak, di sini menimbulka­n masalah kepada komuniti nelayan setempat sehingga menjejaska­n sumber pendapatan mereka.

Malah, pergerakan keluar masuk bot nelayan di lokasi berkenaan terhalang kerana laluan berkenaan dipenuhi sampah, selain habuk kayu dan sisa buangan dari beberapa kilang kayu berhampira­n.

Nelayan, Jamani Maricam, 45, berkata, situasi itu merugikan nelayan tempatan kerana tidak dapat keluar menangkap ikan bagi menambah pendapatan.

“Setiap kali berlaku ombak besar, pasti kawasan pantai dan laluan menarik bot akan dipenuhi habuk kayu, longgokan kayu dan sampah.

“Kami terpaksa bergotong-royong membuang sampah berkenaan bagi memudahkan bot ditarik ke laut,” katanya kepada NSTP, di sini kelmarin.

Beliau berkata, masalah itu sudah lama berlaku di kawasan pantai Luak dan menimbulka­n masalah kepada hampir semua nelayan di kawasan terbabit.

Rakannya, Jasri Manshur, 33, berkata, masalah itu bukan saja berlaku di Luak, malah beberapa pesisir pantai lain di Miri dan Kuala Baram.

“Kita percaya habuk kayu berkenaan dibuang pemilik kilang yang beroperasi di sepanjang Sungai Batang Baram,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu supaya pihak berkuasa tempatan memberi perhatian serius untuk menangani masalah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia