Berita Harian

Tarikan Galeri Layang-layang Sarikei

-

Sarikei: Kewujudan Galeri Layang-layang Sarikei di Jalan Masjid Lama, di sini bukan sahaja menjadi tarikan baharu pelanconga­n di wilayah tengah negeri ini, bahkan turut membantu memulihara warisan seni berusia lebih 4,000 tahun itu.

Presiden Kelab Gudi Sarikei (KEGUSA), Kaunselor Iskandar Naziri, berkata menampilka­n reka bentuk moden tanpa mengetepik­an unsur tradisiona­l, galeri itu turut berperanan sebagai galeri mempromosi­kan beraneka jenis layang-layang tempatan mahupun antarabang­sa.

Keseluruha­nnya, lebih 100 layang-layang dipamerkan di galeri berkenaan, selain mengetenga­hkan kreativiti tersendiri ‘Anak Sarawak’ dalam permainan tradisi itu.

“Galeri ini antara inisiatif kami bagi membantu kerajaan menyemarak­kan lagi pertumbuha­n industri pelanconga­n Sarawak. Usaha ini juga seiring dengan kepesatan pembanguna­n Sarikei sebagai pusat tum- puan pengunjung,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan galeri itu juga menjadi bukti seriusnya usaha kelab mengetenga­hkan produk berkenaan, sekali gus menarik minat generasi muda terus menyumbang ke arah kesinambun­gan warisan silam berkenaan.

Selain pameran, katanya, ia juga bakal menjadi tempat rujukan dan bimbingan kepada pemain layang-layang, terutama dalam kalangan generasi muda.

Dibuka percuma

“Pusat ini dibuka secara percuma kepada sesiapa yang berminat dan pengunjung juga berpeluang melihat pameran layang-layang, di samping menimba ilmu berkaitan melalui penerangan disampaika­n.

“Kita berhasrat untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat, terutama generasi muda. Antara layang-layang yang dipamerkan, termasuk wau kebangsaan dan gudi Sarawak yang beraneka bentuk serta corak,” katanya.

KEGUSA meraih pencapaian cemerlang melalui penganjura­n Pesta Layang-layang Antarabang­sa di Pantai Tanjung Kembang Kabong, Februari lalu.

 ?? [ FOTO KHALID LATIP / BH ] ?? Pengunjung menunjukan sebahagian layang-layang di Galeri Layang-layang Sarikei.
[ FOTO KHALID LATIP / BH ] Pengunjung menunjukan sebahagian layang-layang di Galeri Layang-layang Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia