Berita Harian

SAINGAN SENGIT ANWAR, ISA SAMAD DI PORT DICKSON

-

Port Dickson: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kejutan manis daripada pelakon filem Tamil terkenal, Kamal Haasan, ketika kempen memasuki hari terakhir.

Ia susulan tersebarny­a rakaman video pelakon berusia 63 tahun itu yang baru menceburi politik India, dengan menyatakan sokonganny­a terhadap Anwar bagi PRK Port Dickson, hari ini.

Menerusi video selama satu minit 47 saat itu yang dipercayai mula tersebar malam kelmarin, Kamal menyifatka­n Ketua Umum PKR itu yang juga rakannya sebagai ‘sinar harapan’ kepada Malaysia.

Malah, katanya, PRK Port Dickson akan membawa Anwar ke Parlimen sebagai tempat yang selayaknya.

“Dalam iklim politik global yang mengingink­an pemimpin boleh diteladani, mempunyai pemahaman sempurna, Anwar adalah contoh yang sempurna dan memberi harapan.

“Penduduk Port Dickson berpeluang memulakan episod hebat dalam sejarah Malaysia dengan membawa Anwar kembali ke Parlimen.

“Pada kesempatan ini, saya gembira dan berharap Anwar serta rakyat Malaysia menjadi yang terbaik untuk memulakan perjalanan baharu ini,” katanya.

Kamal turut berkongsi kegembiraa­n kerana rakannya itu mendapat pengampuna­n Yang di-pertuan Agong.

Katanya, usaha Anwar itu dengan sendirinya bakal memperkuku­hkan hubungan Tamil Nadu dengan Malaysia.

Kamal melancarka­n Makkal Needhi Maiam atau Pusat Keadilan Rakyat pada Februari lalu, iaitu parti politik beribu pejabat di Tamil Nadu.

Parti itu bakal menyertai pilihan raya buat kali pertama pada proses pengundian umum India, berkemungk­inan diadakan pada musim bunga Mumbai apabila Perdana Menteri Narendra Modi bertanding untuk penggal kedua.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n oleh penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lalu bagi membolehka­n Anwar kembali ke Dewan Rakyat.

 ??  ?? Kamal Haasan
Kamal Haasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia