Berita Harian

MUFTI PAHANG ANGGAP PESTA ARAK HINA AGAMA RASMI

Mufti Pahang dakwa umat ada hak bantah pesta arak, pertahan agama rasmi

- Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, menegaskan adalah menyedihka­n jika Islam sebagai agama rasmi negara ini membenarka­n penganjura­n pesta arak, Oktoberfes­t.

Beliau berkata, ia seolah-olah penghinaan kepada agama Islam di negara ini dan pengikutny­a apabila pesta seumpama itu dianjurkan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur

“Orang bukan Islam dibenarkan untuk minum arak dan makan babi di negara ini, tetapi bukan di kawasan terbuka, (tapi) mereka kata nak buat di kompleks beli-belah di Kuala Lumpur, itu bukan kawasan terbuka ke?

Buat tempat tertutup

“Jika mereka hendak buat di kawasan tertutup, itu hak mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Karnival Usahawan Asnaf Negeri Pahang, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h yang berkenan merasmikan karnival itu.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad baru-baru ini dikatakan memberi lampu hijau mengenai penganjura­n pesta arak yang berasal dari Jerman itu di ibu negara dengan bersyarat, iaitu penganjur perlu membuat permohonan bagi mendapatka­n permit dan mematuhi garis panduan ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Hak bantah

Abdul Rahman berkata, umat Islam mempunyai hak membantah pesta itu kerana selain mempertaha­nkan martabat Islam sebagai agama rasmi, ia juga bertujuan mencegah kemudarata­n.

“Saya bagi contoh sekiranya kita ada anak, adakah kita hendak tengok anak kita lihat perkara yang tidak baik? Misalnya, hisap rokok, mesti tidak akan buat perkara itu depan mereka,” katanya.

Sementara itu, karnival berlangsun­g selama empat hari bermula semalam berjaya menarik 160 usahawan asnaf dari seluruh Pahang.

Karnival anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) itu bertujuan meningkatk­an pendapatan golongan asnaf supaya mampu berdikari dan akhirnya keluar daripada kehidupan fakir dan miskin.

Orang bukan Islam dibenarkan minum arak dan makan babi di negara ini, tetapi bukan di kawasan terbuka, (tapi) mereka kata nak buat di kompleks beli-belah di Kuala Lumpur, itu bukan kawasan terbuka ke?” Abdul Rahman Osman, Mufti Pahang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia