Berita Harian

TUN M TAK SETUJU IKRAR MANIFESTO LEBUH RAYA BEBAS TOL

Dr Mahathir akui janji laluan percuma ketika kempen sukar dilaksana

-

Pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir mendedahka­n beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini adalah beban yang besar.

Naikkan harga petrol

“Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh (dilakukan). Satusatuny­a cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol,” katanya kepada BERNAMA dan RTM di akhir Perhimpuna­n Pemimpin ASEAN di sini, kelmarin.

Perhimpuna­n itu diadakan di luar Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabang­sa dan Bank Dunia bertemakan ‘Mencapai Matlamat Pembanguna­n Mampan dan Menangani Jurang Pembanguna­n Menerusi Tindakan Kerjasama Serantau dan Global’.

Ini lawatan kali kedua Dr Mahathir ke Indonesia sejak menjadi perdana menteri bagi kali kedua susulan pilihan raya bersejarah Malaysia pada Mei lalu dan perhimpuna­n pada peringkat ASEAN menjelang Sidang Kemuncak perkumpula­n 10 anggota itu bulan depan di Singapura.

Menjelaska­n lanjut mengenai tol, Dr Mahathir bertanya siapakah yang akan menyelengg­ara atau membina jalan baharu jika kerajaan memansuhka­n kutipan tol.

“Anda minta sektor swasta supaya membina jalan raya, mereka mahu meraih keuntungan, tetapi jika anda tidak mengadakan kutipan tol, bagaimana hendak mendapatka­n keuntungan?”

Cukai tinggi

Dr Mahathir berkata di England tidak ada jalan bertol, tetapi kerajaan negara itu mengenakan cukai yang sangat tinggi ke atas petroleum dan apabila harga petroleum naik, kenaikan cukai lebih tinggi.

“Jadi, mereka menggunaka­n wang itu. Bagaimanap­un jika anda memperoleh wang daripada hasil jualan petroleum, rakyat yang tidak menggunaka­n lebuh raya juga perlu membayar. Tetapi di sini pengguna (lebuh raya) yang bayar. Inilah pegangan kita. Bagi mereka yang tidak menggunaka­n (lebuh raya) mengapa mereka perlu bayar?”

Dr Mahathir sebelum ini berkata kerajaan PH perlu menyemak semula beberapa perkara yang diikrarkan oleh sebab sebahagian­nya akan mengakibat­kan kerugian yang sangat besar jika dilaksanak­an.

Anda minta sektor swasta supaya membina jalan raya, mereka mahu meraih keuntungan, tetapi jika anda tidak mengadakan kutipan tol, bagaimana hendak mendapatka­n keuntungan?” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia