Berita Harian

Manfaat peluang persiapan terakhir

Seminar Didik Rakyat platform terbaik bantu calon peperiksaa­n

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my

Kuala Lumpur

Seminar Didik Rakyat anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama BH menjadi platform terbaik membantu meningkatk­an prestasi dan kecemerlan­gan pelajar dalam bidang akademik.

Program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) YBR itu bermatlama­t mempersiap­kan diri pelajar untuk menghadapi peperiksaa­n besar pada setiap tahun membabitka­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengurus Bank Rakyat Cawangan Setapak, Mazila Mohd Mokhtar, berkata pelajar yang terpilih menghadiri seminar berkenaan harus memanfaatk­an peluang yang ada untuk mendapatka­n pelbagai pandu- an dan teknik belajar berkesan daripada penceramah berpengala­man yang juga guru pakar.

“Oleh itu, pelajar yang berpeluang menyertain­ya perlu memberi tumpuan sepenuhnya kerana segala ilmu dan panduan yang diberikan benarbenar bermanfaat sebagai persiapan menjelang peperiksaa­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Didik Rakyat SPM 2018, yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur, di sini, barubaru ini.

Program sehari itu menyediaka­n panduan dan kaedah belajar secara berkesan sebagai persiapan calon menghadapi SPM bulan depan.

Berkorban masa

Peserta yang juga calon SPM tahun ini membabitka­n pelajar dari beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur bagi membuat persediaan menjelang peperiksaa­n sebenar nanti.

Mazila berkata, besar harapan pihaknya mahu melihat pelajar yang bakal menghadapi peperiksaa­n SPM tidak lama lagi dapat belajar bersungguh sungguh, sekaligus berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

Beliau berkata, pelajar bukan sahaja perlu membanggak­an diri sendiri, malah ibu bapa dan guru yang banyak berkorban masa dan tenaga dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik serta dapat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

 ?? [FOTO SUPIAN AHMAD / BH] ?? Mazila (tengah) bersama-sama peserta Seminar Didik Rakyat SPM 2018 di UUM Kampus Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO SUPIAN AHMAD / BH] Mazila (tengah) bersama-sama peserta Seminar Didik Rakyat SPM 2018 di UUM Kampus Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia