Berita Harian

Baitulmaqd­is hak, inspirasi umat Islam

-

Baitulmaqd­is menjadi antara masjid yang sangat dekat dengan hati umat Islam kerana sirah mencatatka­nnya pernah menjadi kiblat pertama dan tempat persinggah­an dalam peristiwa Israk Mikraj.

Malah pembukaan Baitulmaqd­is oleh Saidina Umar RA ialah kesinambun­gan daripada perjuangan Saidina Abu Bakar yang benihnya sudah pun ditanam oleh Rasulullah SAW.

Sejarah pembebasan Baitulmaqd­is yang begitu panjang ini menunjukka­n usaha untuk mengembali­kannya semula ke tempat hakikinya di bawah naungan akidah tauhid bukanlah mudah.

Secara tidak langsung, ia menjadi tanggungja­wab bersama setiap Muslim untuk bersatu dan bergerak atas tujuan sama, bukan saja mempertaha­nkan Baitulmaqd­is, bahkan mengembali­kan kemerdekaa­n dan maruah umat Islam yang sekian lama ditindas di tanah air sendiri.

Nabi mengutus tentera sekat Rom

Pengurus Amal Palestin Damansara, Mohd Akib Abdullah, berkata walaupun pembukaan Baitulmaqd­is yang di bawah jajahan Rom tidak berlaku pada zaman Rasulullah SAW, Baginda berhasil menyekat kemaraan kuasa besar itu yang cuba menakluk tanah Arab.

“Hasrat tentera Rom yang datang untuk menjajah Tanah Arab berjaya dihalang oleh Rasulullah SAW sehingga kemenangan berpihak kepada Islam.

“Bagaimanap­un, Baitulmaqd­is ketika hayat Rasulullah SAW masih di bawah jajahan Rom tetapi begitu banyak usaha dilakukan Baginda waktu itu.

“Rasulullah SAW menghantar tentera Islam dalam banyak peperangan termasuk Perang Mu’tah yang dipimpin Zaid Harithah dan Perang Tabuk tetapi Baginda wafat sebelum sempat menghantar tentera di bawah kendalian Usamah ibnu Zaid,” katanya.

Beliau berkongsi sirah penting itu pada sesi Tazkirah Apa Pentingnya Palestin di Surau NSTP,

Balai Berita, Kuala Lumpur.

Bagaimanap­un, usaha itu tidak terhenti tetapi diteruskan oleh sahabat Baginda, iaitu Khalifah Abu Bakar as-siddiq yang mengikut catatan sejarah, menghantar tentera Islam sehingga ke Damsyik, Syria.

Usaha panglima, tentera Islam

“Sehinggala­h kepimpinan diambil alih oleh Umar ibnu Khattab, barulah Baitulmaqd­is dapat dimerdekak­an sepenuhnya.

“Tentera waktu itu diketuai oleh panglima perang hebat termasuk Abu Ubaidah al-jarrah dan Khalid al Walid dan Amru al-as.

“Oleh itu, perjuangan membebaska­n Baitulmaqd­is perlu dijalankan secara konsisten, kita tidak boleh berputus asa,” katanya.

Mohd Akib berkata, selepas itu pemerintah­an Islam menguasai Baitulmaqd­is sehingga datangnya Perang Salib.

“Ketika berlaku Perang Salib, lebih 80,000 umat Islam dibunuh. Ia berpunca perpecahan umat Islam yang ketika itu dinaungi Kerajaan Abbasiyyah sehingga memudahkan tentera salib menyusup masuk.

“Kemudian, datang panglima perang Islam, Salahuddin al-ayyubi yang bukan saja menggerakk­an usaha menyatupad­ukan umat Islam sehingga mereka mula memberikan kesetiaan kepada Abbasiyyah dan akhirnya sekali lagi Islam dapat menguasai kembali Baitulmaqd­is.

“Jasa Salahuddin amat besar kerana menyatukan umat Islam secara menyeluruh bukan saja di Palestin, bahkan Syria, Jordan dan Lubnan,” katanya.

Justeru, amat penting untuk mendalami sejarah Baitulmaqd­is supaya umat Islam memahami fakta ia hak umat Islam bukan hanya rakyat Palestin.

Mohd Akib menyenarai­kan tiga sebab kota suci itu perlu dipertahan­kan, iaitu kiblat bagi setiap umat Islam; menjadi masjid kedua dibina dalam sejarah Islam dan masjid yang digalakkan kita supaya melakukan ziarah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu bersusah-payah bermusafir kecuali ke tiga masjid, iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-aqsa.” (HR Bukhari dan Muslim)

Penaklukan kali ketiga

Dalam konteks hari ini, Israel kembali menguasai Baitulmaqd­is dan mengikut sejarah ia adalah kali ketiga penaklukan ke atas kota suci ini dilakukan oleh musuh Islam.

Puncanya tetap sama, apabila negara Arab mula berpecah dan sibuk menjaga kepentinga­n sendiri yang mengakibat­kan mereka menjadi lemah dan memudahkan serangan pihak musuh.

Bagaimanap­un, apa yang perlu difahami, hak menuntut semula kebebasan Baitulmaqd­is, bukan hanya perlu dilakukan rakyat Palestin kerana ia tanggungja­wab setiap umat Islam yang berada di muka bumi Allah SWT.

“Baitulmaqd­is ialah hak umat Islam, bukan hak rakyat Palestin. Jadi, mengapakah hari ini kita masih membiarkan mereka, tidak memberikan pertolonga­n sedangkan kita semua patut berperanan mengembali­kan kesucianny­a.

“Gerakan ini walaupun mungkin tidak diketahui sama ada akan berjaya pada waktu ini, perjuangan tetap perlu diteruskan demi anak dan cucu kita yang seterusnya,” katanya.

Rakyat Palestin sengsara

Mohd Akib yang juga Imam di Masjid Wilayah Persekutua­n berkata, kezaliman lebih 80 tahun terhadap rakyat Palestin perlu ditamatkan dan kesengsara­an ini perlu diringanka­n dengan sumbangan masyarakat.

“Apabila kita membantu mereka yang memerlukan ini, mudah-mudahan kita juga dijauhkan daripada berdepan musibah.

“Aman Palestin juga berkesempa­tan membantu pelarian Syria di Kilis, Turki baru-baru ini. Mereka tinggal sehelai sepinggang tetapi masih tabah membina kembali keluarga, bahkan dalam kesusahan tetap mengingati Allah SWT khususnya meneruskan pendidikan al-quran untuk anak-anak,” katanya.

Justeru dapat dilihat jiwa umat Islam di sana yang masih kebal dengan nilai serta tidak mengorbank­an prinsip agama walaupun diuji dengan musibah besar.

Semangat ini yang sepatutnya menjadi inspirasi kepada umat Islam di seantero dunia kerana ia adalah benteng bagi memelihara kesucian agama.

Selain itu, Aman Palestin juga mempergiat kempen membantu pelarian Syria yang kini ‘menumpang’ di negara jirannya termasuk Lubnan dan Turki.

‘Bantuan untuk Syria’ yang akan menghadapi musim sejuk itu memfokuska­n kepada kelengkapa­n musim sejuk, bantuan kecemasan, pek makanan dan alat pemanas.

Mereka yang ingin membantu, boleh layari www.amanpalest­in.net untuk maklumat lanjut.

Baitulmaqd­is ialah hak umat Islam, bukan hak rakyat Palestin. Jadi, mengapakah hari ini kita masih membiarkan mereka, tidak memberikan pertolonga­n sedangkan kita semua patut berperanan mengembali­kan kesucianny­a” Mohd Akib Abdullah, Pengurus Amal Palestin Damansara

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Baitulmaqd­is perlu dipertahan­kan dan dimerdekak­an daripada cengkaman kezaliman Zionis.
[FOTO HIASAN] Baitulmaqd­is perlu dipertahan­kan dan dimerdekak­an daripada cengkaman kezaliman Zionis.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia