Berita Harian

YB Sipitang belum angkat sumpah

Yamani Hafez diberi tempoh sehingga Januari

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff mengesahka­n Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa masih belum memaklumka­n kepada beliau bila akan hadir untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen yang sah.

Ketika menjawab soalan wartawan NSTP menerusi Whatsapp, semalam, adakah beliau sudah menerima surat atau makluman rasmi daripada Yamani Hafez alasannya belum mengangkat sumpah, Mohamad Ariff menjawab ringkas ‘belum’.

Namun, Mohamad Ariff menyatakan anak bekas Ke- tua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman itu mempunyai tempoh enam bulan bermula 16 Julai lalu, iaitu hari pertama Dewan Rakyat memulakan mesyuaratn­ya.

Hilang kelayakan

“Berdasarka­n Perkara 59 Perlembaga­an, Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan mulai daripada tarikh Dewan Rakyat mula bersidang berkemungk­inan akan hilang kelayakan,” katanya.

Pada tarikh itu, seramai 220 daripada 222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah jawatan mereka di Dewan Rakyat pada hari pertama Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14.

Dua Ahli Parlimen yang tidak hadir adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yamani Hafez.

Bagaimanap­un, Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri, mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh pada 14 Ogos lalu.

Muhyiddin tidak menyertai Ahli Parlimen lain yang mengangkat sumpah pada 16 Julai lalu berikutan bercuti sakit selama sebulan.

Bermakna, Yamani Hafez, 39, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah mempunyai tempoh sehingga Januari depan untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Beliau sebelum ini dikatakan ‘menghilang­kan diri’ kerana menemani bapanya ke London yang mendakwa mendapatka­n rawatan di sana.

Susulan itu, muncul gesaan yang meminta beliau mengosongk­an kerusi Parlimen itu jika tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 akan bermula Isnin ini sehingga 11 Disember.

 ??  ?? Yamani Hafez Musa
Yamani Hafez Musa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia