Berita Harian

Ibu sebak ambil skrol ijazah anak

Impian Noor Airen Umirah sambung pengajian tak kesampaian

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin Zulkifli@nstp.com.my

“Sepatutnya anak yang berada di atas pentas untuk mengambil skrol ijazah, bukannya saya,” kata Zabidah Hamid, ibu kepada seorang graduan yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada Mei lalu.

Noor Airen Umirah Azmi, 23, yang menerima Ijazah Sarjana Muda Keusahawan­an (Perdaganga­n) meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada 29 Mei.

Lebih menyedihka­n, Zabidah, 44, berkata anaknya itu sudah membeli tiket pulang ke rumah di Pulau Pinang pada 29 Mei lalu untuk cuti Aidilfitri, sebaliknya dia meninggal dunia pada tarikh sama.

Keluarga masih bersedih

Beliau berkata, sehingga kini beliau dan keluarga masih bersedih mengenangk­an anak sulung daripada dua beradik itu yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah.

“Noor Airen Umirah sebelum ini sihat saja sehinggala­h saya dimaklumka­n arwah dimasukkan ke HRPZII kerana demam pada 27 Mei lalu.

“Kemudian saya tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan sepupunya memaklumka­n anak koma pada jam 8 pagi keesokan hari.

“Saya bersama suami, Azmi Osman, 51, terus ke Kelantan untuk melihat keadaannya dan doktor memaklumka­n arwah ada komplikasi jantung,” katanya selepas Majlis Istiadat Konvokesye­n UMK Ke-8 di Kampus Kota UMK yang bermula semalam hingga Rabu ini.

Zabidah berkata, pada jam 9 pagi 29 Mei, doktor memaklumka­n anaknya meninggal dunia dengan semua organ dalaman tiba-tiba rosak dalam masa 24 jam, menyebabka­n bedah siasat tidak dapat dijalankan.

“Arwah seorang yang manja sejak kecil dan sehingga kini, setiap kali makan, saya teringat keletahnya yang akan menyuruh saya menyuapnya makan,” katanya.

 ??  ?? Zabidah dan suami, Azmi Osman mengambil skrol bagi pihak anaknya yang meninggal dunia.
Zabidah dan suami, Azmi Osman mengambil skrol bagi pihak anaknya yang meninggal dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia