Berita Harian

Bekas suami Markle kahwin

Dailymailt­v sebut majlis serba ringkas, kasual tetapi tetap meriah

-

Trevor Engelson - bekas suami kepada Duchess of Sussex, Meghan Markle - menamatkan zaman bujangnya apabila berkahwin dengan pakar nutrisi, Tracey Kurland, Sabtu lalu selepas setahun bercinta.

Majlis perkahwina­n itu berlangsun­g dalam satu upacara tertutup di sebuah kawasan persendiri­an di Hidden Hills, California kawasan elit yang turut didiami ibu bapa Kurland dan juga pasangan selebriti Kim Kardashian dan Kanye West.

Sumber memberitah­u Dailymailt­v bahawa majlis perkahwina­n itu ringkas, kasual tetapi cukup intim, berbeza dengan perkahwina­n diraja antara Meghan dan Harry di England.

“Pengantin lelaki dan perempuan kelihatan begitu dilamun cinta dan sangat bahagia bersama.”

Kurland,32, adalah pewaris bapa nya, seorang ahli perbankan yang dianggar mencecah AS$200 juta (RM831 juta), nilai yang dikatakan melebihi kekayaan Putera Harry.

Intim sejak November

Engelson, 41, dan Kurland mula intim pada November 2017. Produser filem itu melamarnya beberapa minggu selepas Meghan dan Putera Harry berkahwin dalam satu upacara gilanggemi­lang di Gereja St George, Mei lalu.

Lelaki itu dan Meghan bertemu pada 2004 dan bercinta selama tujuh tahun sebelum berkahwin di Jamaica Inn, Ochi Ricos, Jamaica pada 10 September 2011.

Mereka berpisah 18 bulan kemudian pada Ogos 2013.

Meghan diberi peluang beraksi dalam siri TV hit Suits beberapa bulan sebelum mereka berkahwin pada 2011 dan tindakanny­a berpin dah ke Toronto dikatakan menjadi punca utama keretakan hubungan mereka.

Ketika menetap di Toronto, bekas aktres itu pernah menjalinka­n hubungan cinta dengan cef selebriti dan pemilik restoran Cory Vitiello selama dua tahun.

Hubungan itu berakhir pada Mei 2015 sebelum mula menjalinka­n hubungan dengan Putera Harry pada Jun tahun yang sama.

 ??  ??
 ??  ?? Majlis perkahwina­n Engelson dan Kurland berlangsun­g di California, Sabtu lalu.
Majlis perkahwina­n Engelson dan Kurland berlangsun­g di California, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia