Berita Harian

Hulur RM158J bantu Palestin

Kanada beri UNRWA dana pendidikan asas, kesihatan pelarian

-

Kanada meningkatk­an bantuan untuk pelarian Palestin, semalam dengan mengumumka­n dana 50 juta dolar Kanada (RM157.87 juta) untuk Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNRWA) yang sebelum ini dipotong Washington.

Tambahan dana Kanada itu dilakukan, selepas Amerika Syarikat yang juga penyumbang terbesar UNRWA mengumumka­n pada Ogos lalu bahawa ia akan menamatkan bantuan tahunan AS$350 juta (RM1.45 bilion) kepada agensi itu.

UNRWA ditubuhkan pada 1950 untuk membantu pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal kerana konflik Asia Barat pada 1948. Bantuannya termasuk sekolah, pusat kesihatan dan pengedaran makanan.

“Sumbangan Kanada akan dibahagika­n kepada dua tahun. Sejumlah 40 juta dolar Kanada (RM127 juta) akan digunakan untuk menampung pendidikan asas, kesihatan dan keperluan kehidupan jutaan pelarian Palestin.

Wanita Palestin terbunuh

“Baki 10 juta dolar Kanada (RM31.86 juta) untuk bantuan kecemasan menyelamat kepada lebih 460,000 pelarian Palestin di Syria dan Lubnan,” menurut kenyataan Ottawa.

Sementara itu, seorang wanita Palestin terbunuh akibat terkena lontaran batu daripada peneroka Israel di Tebing Barat.

Jurucakap polis Israel mengesahka­n sebuah kereta dilontar dengan batu tetapi tidak menamakan pihak yang menyerang itu tapi menambah satu siasatan sedang dilakukan mencari punca kejadian itu.

Pegawai agensi berita Wafa dari Palestin mengenal pasti wanita berkenaan sebagai Aisha Mohammed Rabi, seorang wanita berusia 48 tahun.

 ?? [FOTO REUTERS] ?? Warga Palestin terpaksa berlari menyelamat­kan diri selepas tentera Zionis mengejar dan melepaskan tembakan termasuk gas pemedih mata ke arah mereka ketika satu bantahan di sempadan Gaza-israel, kelmarin.
[FOTO REUTERS] Warga Palestin terpaksa berlari menyelamat­kan diri selepas tentera Zionis mengejar dan melepaskan tembakan termasuk gas pemedih mata ke arah mereka ketika satu bantahan di sempadan Gaza-israel, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia