Berita Harian

Pencuri beg tangan penumpang ditahan

Pengawal keselamata­n samun dompet wanita dalam bas Rapid Selangor dirakam CCTV

- Oleh Iskandar Shah Mohamed iskandar@nstp.com.my

Seorang pengawal keselamata­n yang mencuri dompet penumpang wanita dalam sebuah bas di sekitar daerah ini, Ahad lalu, ditahan polis pagi semalam.

Perbuatan lelaki berusia 30 tahun yang turut berada dalam bas Rapid Selangor dan mencuri dompet wanita itu dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudianny­a menjadi tular.

Klip video itu memaparkan seorang wanita bersama tiga kanak-kanak perempuan duduk di bahagian belakang sebelum mereka turun bersama dari kenderaan awam berkenaan.

Bagaimanap­un, wanita yang turut membawa beg galas itu tertinggal beg tangan sebelum disedari suspek yang kemudian menyelongk­ar dan mencuri dompetnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata mangsa menaiki bas itu di Seksyen 19 di sini, kira-kira jam 9 pagi.

Dompet hilang

“Menyedari beg tangannya tertinggal, dia kemudian kembali bertanya kepada syarikat bas, namun mendapati dompetnya sudah tiada.

“Bertindak atas maklumat, kita menahan suspek di sebuah rumah di Seksyen 20 pada jam 1.15 pagi tadi (semalam) dan turut menemui barangan milik mangsa termasuk Mykad, lesen memandu mangsa, tiga Mykid dan lima kad ATM,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, semalam.

Rekod lampau berkaitan dadah

Baharudin berkata, suspek yang masih bujang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, namun saringan air kencing ke atasnya didapati negatif dadah.

“Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubunga­n Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata, syarikat Rapid yang menguruska­n bas Smart Selangor turut mengesahka­n kejadina berkenaan.

“MBSA menyerahka­n kepada polis menjalanka­n siasatan lanjut,” katanya.

Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan” Baharudin Mat Taib, Ketua Polis Daerah Shah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia