Berita Harian

Lukaku ranapkan impian Switzerlan­d

-

Brussels: Bintang Manchester United, Romelu Lukaku meledak dua gol untuk membantu Belgium mengekalka­n momentum kemenangan dalam saingan Liga Negara-negara Eropah, apabila menewaskan Switzerlan­d 2-1, kelmarin.

Apabila Lukaku merobek gawang gol pada minit ke-58, ia kelihatan seperti hadiah kemenangan daripada barisan kendalian Roberto Martinez kepada penolong jurulatih Belgium, Thierry Henry.

Henry yang pernah meraih Piala Dunia bersama Perancis, kini membantu skuad Belgium mengharung­i perlawanan terakhir, sebelum dia berhijrah ke kelab Monaco.

Beraksi di Stadium King Baudoin, pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia itu bagaimanap­un tersentak apabila Switzerlan­d menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-76.

Penyokong mula bersorak apabila Mario Gavranovic melepasi kawalan Thibaut Courtois untuk menjaringk­an gol, selepas penjaga gol Real Madrid itu bertembung dengan Nico Elvedi, ketika cuba menyelamat­kan tandukan Xherdan Shaqiri.

Dahului Liga A

Namun pada babak terakhir menyaksika­n tuan rumah kembali menghidupk­an peluang apabila Lukaku menjaringk­an gol kemenangan, enam minit sebelum perlawanan tamat.

Belgium melakar kemenangan kedua dan kini mendahului carta Liga A, Kumpulan 2 berikutan kemenangan 3-0 mengatasi Iceland, sebelum ini.

Masih lagi segar kemenangan 6-0 ke atas Iceland, Switzerlan­d memberi persaingan seimbang ketika bertemu Belgium pada separuh masa pertama yang mana tuan rumah terpaksa berusaha keras mengekang serangan lawan.

Shaqiri mula mencabar kewibawaan Courtois, namun Belgium kembali melancar serangan balas seminit selepas itu apabila Youri Tielemans melakukan percubaan ke arah sebelah kiri gol, namun diselamatk­an penjaga gol Switzerlan­d, Yann Sommer.

 ??  ?? Pemain Switzerlan­d, Ricardo Rodriguez (kiri) cuba menghalang gerakan Lukaku dalam saingan Liga Negara-negara Eropah di Brussels, kelmarin.
Pemain Switzerlan­d, Ricardo Rodriguez (kiri) cuba menghalang gerakan Lukaku dalam saingan Liga Negara-negara Eropah di Brussels, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia