Berita Harian

Sumareh semakin yakin

Ledak dua gol lonjak semangat bantu Harimau Malaya lawan Kyrgyzstan

- Oleh Firdaus Hashim

Dua gol yang disumbang pada penampilan sulung sebagai pemain naturalisa­si negara nyata melonjakka­n lagi semangat penyerang Pahang, Mohamadou Sumareh untuk membantu skuad Harimau Malaya menempa lebih banyak kejayaan selepas ini.

Kemenangan besar 4-1 ke atas Sri Lanka ketika dia meledak dua jaringan dalam lima minit terakhir pada aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Sugathadas­a, Colombo malam kelmarin menjadi bukti dia sudah bersedia untuk memikul tugas selaku peledak utama skuad negara.

Jelas tonggak kelahiran Gambia yang mendapat taraf kerakyatan negara ini, kemampuann­ya meledak gol memberi motivasi buatnya untuk mengekalka­n persembaha­n meyakinkan terutama pada saingan Piala AFF bulan depan.

“Saya gembira dapat menjaringk­an gol buat pasukan dan lebih penting kami meraih kemenangan di tempat lawan.

“Saya anggap gol itu sebagai membalas kepercayaa­n jurulatih dan semua peminat yang sentiasa menyokong karier saya selama ini.

Uji Kyrgyzstan Selasa

“Malah, gol pertama saya di peringkat antarabang­sa ini secara tidak langsung meningkatk­an motivasi saya dan akan berusaha memberi persembaha­n lebih baik pada perlawanan selepas ini,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Pada aksi persahabat­an itu, skuad kebangsaan terpaksa bangkit daripada ketinggala­n selepas tuan rumah mendahului menerusi Asela Madushan pada minit ke-29.

Bagaimanap­un, anak buah Tan Cheng Hoe bangkit bergaya khususnya dalam tempoh 25 minit terakhir apabila meraih empat gol menerusi Norshahrul Idlan Talaha (m-65), Adam Nor Azlin (m-76) dan Sumareh (m-85, 91).

Selepas tugasan di Colombo, pasukan negara yang kini menghuni tangga ke-171 dunia menghadapi ujian getir apabila dijadual menentang Kyrgyzstan yang menduduki ranking ke-91 dunia pada aksi persahabat­an kedua di Stadium Hang Jebat, Melaka, Selasa ini.

Ditanya mengenai aksi itu, Sumareh mengakui amat teruja untuk bermain di depan penyokong sendiri.

“Bukan perlawanan yang mudah (menentang Kyrgyzstan). Sudah tentu saya sudah tidak sabar, namun mengharapk­an sokongan padu penyokong untuk sama-sama memenuhi stadium pada aksi itu nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia